Masalah Pemakanan Si manja

Antaranya masalah-masalah yang biasa ditemui diklinik kanak-kank ialah masalah kanak-kanak yang tidak mahu makan. Ibu bapa sering mengel...

Antaranya masalah-masalah yang biasa ditemui diklinik kanak-kank ialah masalah kanak-kanak yang tidak mahu makan. Ibu bapa sering mengeluh anak mereka tidak mahu makan. Antara keluhan-keluhan yang biasa didengari ialah:

"Anak saya tidak mahu makan. Susah hendak menyuruh dia makan dan dia pula sangat memilih orannya."
"Walaupun puas dipujuk, dirayu dan dihidangkan dengan berbagai-bagai jenis makanan, dia tetap tidak mahu makan. Tetapi, dia sangat aktif dan suka bermain-main serta berlari-lari sepanjang masa."
" Dia terlalu kecil jika dibandingkan degan kanak-kanak yang sebaya dengannya. Kemungkinan dia menghidap penyakit yang menyebabkan dia tidak mahu makan."
"Dia tidak membesar, terlalu kerdil dan kurus pula."


Berbagai-bagai keluhan lagi yang didengari. Ibu bapa sering berasa risau terhadap keadaan anak mereka dan ingin tahu sama ada sianak menghidap sesuatu penyakit yang perlukan rawatan segera doktor.
Untuk mengetahui bagaimana keadaan ini boleh wujud, riwayat kanak-kanak tersebut perlulah diambil secara terperinci dengan bantuan ibu bapa. Pertemuan yang singkat diantara ibu bapa dan doktor biasanya tidak membolehkan doktor berkenaan melakukan pemeriksaan yang terperinci dan seterusnya memperoleh riwayat yang diperlukan. Oleh itu, dia tidak akan dapat menjelaskan dengan memuaskan bagaimana keadaan yang dialami oleh sianak boleh timbul. Seterusnya , dia tidak akan dapat memberikan cadangan-cadangan yang bernas yang dapat diterima oleh ibu bapa bagi melegakan perasaan mereka.
Berbagai-bagai cara mungkin telah dilakukan oleh ibu bapa untuk menggalakkan anak mereka makan. Ada yang memujuk, merayu, berleter, memarahi dan mengugut anak mereka. Ada pula ibu bapa yang menggunakan strategi-strategi lain seperti menyanyi, bercerita, memukul gendang dan tidak kurang pula yang berjoget setiap kali makanan berjaya disuapkan kemulut sianak. Ada juga ibu yang mengekori anaknya keliling rumah sambil memegang mangkok berisi makanan. Banyaklah masa dihabiskan semata-mata untuk memastikan yang sianak makan.
Ada juga ibu bapa yang memberi 'rasuah' kepasa sianak supaya makan. Mereka berjanji akan memberikan aiskrim , gula -gula atau membawa anak menonton wayang jika dia mahu makan. Ada pula ibu bapa yang berjanji akan membenarkan anak mereka menonton televisyen hingga lewat malam jika dia boleh menghabiskan makanannya.
Jika si anak masih tidak mahu makan , ibu atau bapa akan memgugut untuk membawanya ke klinik berjumpa doktor. Anak yang berasa takut dengan ugutan sebegini mahu tidak mahu terpaksa makan juga akhirnya. Seorang ibu yang pernah saya temui menyatakan bagaiman rumitnya memberi anaknya makan sehinggakan dia hilang sabar lalu memicit hidung anaknya dan memasukkan makanan ke dalam mulut si anak dengan sudu. Si anak pula bertindak meluahkan kembali makanan itu.
Ada pula ibu yang memukul anaknya dengan tali pinggang jika dia tidak makan. Tindakan keterlaluan seperti ini mestilah dielakkan sama sekali. Waktu makan perlulah merupakan satu waktu untuk seisi keluarga bermesra sambil menikmati hidangan . Waktu makan yang penuh ketengan tidak akan menggembirakan kedua -dua belah pihak dan hanya mematikan selera sahaja.

 

Bagaimana keadaan ini boleh wujud ?

Keadaan ini wujud kerana berbagai -bagai faktor. Sianak mungkin memang bertubuh kecil sejak di lahirkan. Walaupun dia membesar dengan kadar yang normal , tetapi ibunya masih menganggap dia kurang subur dan oleh itu mahukan anaknya lebih banyak makan. Si anak pula tidak perlu banyak makan dan jarang pula terasa lapar. Dia ingin melakukan aktiviti -aktiviti lain yang lebih menyeronok kan. Jika ibu bapa memaksa si anak makan juga , ketengangan pasti akan berlaku.
Pada peringkat bayi , masalah anak tidak mahu makan jarang berlaku kecuali jika dia tidak sihat . Tetapi , apabila usianya meningkat satu tahun lebih dan sudah boleh berjalan , dia ingin menerokai alam sekeliling. Dia ingin bermain dengan benda -benda yang terdapat dalam rumahnya dan kadangkala tidak menghiraukan waktu makan. Si ibu mungkin merasakan bahawa waktu penyusuan atau makan sudah tiba tetapi si anak tidak berminat. Dia akan membantah dan tetap berdegil tidak mahu makan. Jika si bu terus merayu , memujuk dan juga memaksa , ketegangan pasti akan berlaku.
Memaksa seseorang kanak -kanak itu makan akan menyulitkan lagi keadaan. Bak kata perpatah , kita boleh menarik kuda pergi ke tempat yang ada air tetapi dua puluh orang pun tidak boleh memaksanya minum. Si anak pula sedar bahawa dia boleh membantah , menolak pinggan makanan , menyimpan makanan dalam mulut tanpa menguyahnya , meluahkan makanan keluar dan berbagai -bagai cara lagi untuk menghampakan ibu bapanya. Dia sedar bahawa dia akan mendapat perhatian yang lebih pada waktu makan. Alangkah seronoknya si anak apabila ibu bapanya bermain -main dengannya bercerita sambil membacakan buku , berjoget dan merayu -rayu kepadanya.
Adakalanya , kanak -kanak yang berusia yang berusia lebih daripada satu tahun minim susu tetapi ibu bapanya terus memaksa. Akibatnya ,timbullah ketegangan. Ada kanak -kanak yang tidak sesuai minum susu tepung kerana mudah diserang sakit. Keadaan ini boleh berlaku jika si anak mempunyai kurang enzim lactase di bdalam dinding ususnya. Akibatnya , dia mungkin mengalami cirit atau sakit perut. Jika si anak menggalami cirit , si ibu biasanya akan terus mendapatkan rawatan bagi anaknya tanpa meyedari bahawa sakit itu berpunca daripada susu tersebut. Masalah akan berulang apabila si ibu memberikan anaknya susu tepung.
Apabila mencapai usia dua tahun , kebanyakan kanak -kanak sudah mula mahu melakukan sesuatu aktiviti dengan sendiri. Dia inggin memegang sudu dan makan sendiri walaupun lantai atau meja bersepah -sepah dengan makanannya. Jika ibu tidak sabar dan ingin segera memberi anaknya makan supaya dia dapat mengemas dan membuat kerja -kerja rumah yang lain , si anak mungkin membantah dan tidak mahu makan.
Jika si anak sentiasa dipaksa untuk makan dan dipukul pula jika tidak mahu makan , dia mungkin akan membenci waktu makan. Dia akan menganggap waktu makn suatu waktu yang amat tidak menyeronokkan. Dia akan mula membenci makanan. Adakalanya , kanak -kanak seperti ini menangis setiap kali makanan dihidangkan di hadapannya.
Anak yang sentiasa tidak gembira dan kurang mesra dengan ibu bapa atau penjaganya akan mempunyai selera makan yang kurang. Dia akan kurang makan dan berat badannya tidak akan meningkat dengan baik.

 

Pemeriksaan doktor

Pemeriksaan ke atas kanak -kanak yang dikhuatiri tiada selera makan tidak lengkap jika timbangan berat badan dan ketinggiannya tidak dicatat di atas carta tumbesaran (gromth chart ). Kadar pertambahan berat dan ketinggian paling deras dalam tahun pertama bayi. Selepas itu , kadar tumbesaran mula berkurangan (lihat carta ). Berpandukan carta ini , doktor dapat mengenal pasti kanak -kanak yang memerlukan perhatian rapi.
Kes A menunjukkan kadar pertambahan berat bagi bayi yang normal. Kes B pula menunjukkan kadar yang merosot daripada usia bayi lapan bulan. Doktor perlu manilai dengan teliti sama ada si bayi memang kurang sihat dan perlukan rawatan tertentu.
Doktor perlu mengambil riwayat yang terperinci daripada kanak -kanak yang dikatakan tidak mahu makan. Jika si anak didapati sihat danpemeriksaan fizikal ke atasnya tidak menunjukkan apa -apa kelainan atau penyakit , masalah ini mungkin berpunca daripada persepsi ibu bapa yang tidak betul. Jika keadaan ini berlanjutan akibat strategi keibubapaan yang kurang berkesan , doktor mungkin akan mencadangkan kaedah -kaedah yang lebih efektif kepada ibu bapa berkenaan.
Ibu bapa membawa anak mereka berjumpa doktor kerana bimbang kalau -kalau si anak menghidap sesesuatu penyakit yang perlukan rawatan. Jika doktor mendapati anak itu sihat dan tidak mengalami apa -apa penyakit , dia perlu menjelaskan kepada ibu bapa perkara yang sebenarnya agar mereka tidak terus dilanda kebimbangan. Adakalanya , saiz badan anak itu memang kecil. Ini mungkin kerana si anak itu bertubuh kecil sejak dilahirkan (light for dates ). Walaupun kadar pertumbuhan anak itu memuaskan , tetapi dia tetap bertubuh kecil berbanding dengan kanak -kanak yang sebaya mereka faham perkara sebenarnya.
Sebaliknya , jika terdapat penyakit -penyakit seperti gangguan jantung , jangkitan kronik yang melibatkan paru -paru , hepar , buah pinggang dan anggota tubuh yang lain , doktor akan mengambil langkah -langkah yang sesuai untuk merawat keadaan ini.

 

Bagaimana hendak mengatasi masalah anak tidak mahu makan ?

Beberapa perkara perlu difahami oleh ibu bapa. Perkara yang utama sekali iailah memastikan bahawa waktu makan berjalan dalam suasana yang mesra dan menggembirakan seisi keluarga terutamanya anak -anak. Displin pada waktu makan adlah penting. Semakin si anak itu membesar , semakin perlu baginya mempelajari adab dan tatatertib makan. Ibu bapa jangan sekali -kali menggalakkan anak menyimpanmakanan dalam mulut terlalu lama. Waktu makan yang cukup perlu diberikan kepada si anak. Jikadia mengambil masa yang terlalu lama sehingga ibu telah selesai mengemas dan membasuh pinggannya sendiri. Sianak akan sedar bahawa bermain -main atau menyimpan makanan dalam mulut diwaktu makan adalah merugikan. Ibu bapa sebenarnya berasa khuatir anak mereka akan kelaparan dan jatuh sakit kerana kurang makan. Itulah sebabnya mereka sering memaksa sianak makan.
Jika sianak tidak mahu makan, makanan yang disediakan seharusnya disimpan didalam almari makan. Apa yang perlu disedari oleh ibu bapa ialah pada akhirnya, anak itu sendiri akan meminta makanan apabila dia lapar. Tujuan kita adalah untuk mendidik anak supaya mempunyai kelaziman makan baik.
Adakalanya, si ibu memberikan vitamin atau ubat penggalak makan (appetizers) seperti periactin supaya anaknya lebih berselera makan. Sukar untuk ditentukan kanank-kanak yang bagaimana yang bertambah selera makannya dengan mengambil vitamin atau ubat penggalak makan. Pada pendapat saya, perkara yang paling penting untuk menggalakkan sianak makan ialah strategi keibubapaan yang berkesan. Walau bagaimanapun, ini tidak mengambil kira unsur-unsur penyakit yang memerlukan rawatan perubatan.
Disini dibentangkan satu kes yang ditemui di klinik:
KES
Mohamad yang berusia 4 tahun dibawa ke klinik kerana ibunya Khuatir dia kurang berselera makan. Dia kelihatan aktif dan sihat.Berdasarkan carta tumbesarannya didapati tidak membimbangkan.Pemeriksaan fizikal juga tidak menunjukkan apa -apa kelainan yangmembimbangkan. Dua botol vitamin yang mempunyai perisa orendibekalkan untuk dibawa pulang oleh ibunya. Pada lawatan susulansebulan kemudian , ibunya menyatakan mohamad sangat gemarkanvitamin itu dan menghabiskan makanan yang disedaikan. Setiapkali selesai makan , dia sendiri akan meminta sesudu sirap vitamintersebut. Vitamin ini seolah -olah menggalak dia makan.
Tidak semua kanak -kanakyang menunjukkan perubahan yang diharap -harapkan dengan bantuan vitamin seperti mohamad. Walau bagaimanapun , ramai ibu berpendapat selera anak mereka meningkat selepas diberi vitamin tersebut. Adakalanya bekalan bahan -bahan seperti lysine, zine , besi , vitimin b boleh meningkatkan seleranya. Kemungkinan ada juga faktor -faktor lain mempengaruhi selera anak dan bukan hanya vitamin tersebut semata -mata. Perhatian yang lebih , insentif serta suasana yang merangsang selera si anak juga turut memain peranan.

Kesimpulan

Manusia , termasuk kanak -kanak memerlukan makanan. Tidak perlulah digunakan paksaan ke atas kanak -kanak kerana setiap kali dia lapar , dia sendiri akan mencari makanan. Oleh itu , perbuatan memujuk , merayu , memberi ' rasuah ' , mengancam , memukul , mengekori anak sekeliling rumah dan sebagainya semata -mata hanya untuk memberi anak makan bukanlah suatu tindakan yang bijak. Semua ini membazir waktu dan tenaga sahaja. Kanak -kanak sebenarnya sukakan perhatian. Dia akan menunjukan berbagai -bagai ragam untuk mendapatkan perhatian. Asuhlah dia supaya berdisplin sewaktu makan dan tidak banyak karenah.
sumber info: DrHamidArshat
------------------------------------------------------------
Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Hubungi saya di azie_zimah@ymail.com @ sms 013-2115841

You Might Also Like

0 comments