Tips Kehamilan
Vivix Shaklee
Kencing berdarah, adakah salah satu tanda sakit buah pinggang...
5/29/2016Assalamualikum dan salam sejahtera semua.
Pernah anda mengalami kencing berdarah atau kencing kotor. Kalau anda alami masalah ini apa yang sepatutnya anda buat ye..
Ok pengalaman kak yong dulu pernah kena kencing kotor masa umur 10 tahun puncanya jatuh dari masikal masa balik sekolah. Memang taka ada tanda-tanda masa kena cuma kencing tak berapa lawas, senak bahagian perut dan muka sembab. Pergi klinik doktor cek dan dia mintak ke hospital untuk pemeriksaan lebih lanjut. 10 hari juga kak yong kena tahan dekat wad. Masa tu mak yang jaga, mula-mula doktor suspek ada masalah buah pinggang jer. Alhamdulilah selepas di rawat doktor sahkan cuma masalah kencing kotor sahaja.
Pengalaman di hospital selama 10 hari amat memberi kenangan kepada kak yong. Setiap kali nak buang air kecil doktor akan sediakan bekas untuk disimpan air kencing tersebut bagi tujuan pemeriksaan warna air kencing tersebut. Dari air kecing berwarna coklat-coklat sehingga lah air kencing berwarna normal baru doktor berarkan pulang ke rumah.
Alhamdulilah sehingga ke hari ini saya sudah pulih sepenuhnya. Namun saya ttap mengambil langkah betjaga-jaga agar penyakit kencing kotor tidak berulang lagi.
Kalau alami kencing berdarah ni mau tak takut kan, mesti kita dah berfikir macam-macam kan. Jika anda alami cepat-cepat jumpa dengan doktor ye.
Kalau dari segi sains masalah kencing berdarah ini dipanggil Hematuria.
Terdapat 2 jenis kencing berdarah
- Jelas nampak dalam air kencing darahnya. Ini dipanggil gross hematuria. Yang ini boleh menyebabkan warna air kencing berubah jadi pink atau merah.
- Jenis tidak nampak pula dipanggil microskopic hematuria. Yang ini biasa kalau nak tahu kena semak menggunakan mikroskop.
Kebiasannya mereka yang alami kencing berdarah ini tidak merasa sakit, kalau yang sakit dikaitkan dengan batu karang lah pulak.
Tanda-tanda kencing berdarah
- Sakit bahagian perut
- Demam yang berpanjangan
- Boleh berlaku begitu sahaja tanpa tanda
Penyebab kencing berdarah
- Jangkitan pada saluran kencing
- Masalah pada prostat (pada lelaki)
- Batu karang
- Jangkitan pada kelenjar prostat
- Kanser buah pinggang
- Penggunaan ubat tahan sakit
- Ubat pencair darah (warfarin, aspirin)
Kencing berdarah ini boleh berlaku kadang tanpa tanda apa pun. Tapi ada juga beberapa tanda yang mungkin boleh anda lihat. Antara tanda nya ialah :
Masalah jangkitan pada bladder(tempat simpan air kencing):
Biasanya kalau ada masalah ini, akan rasa panas dan sakit semasa kencing
Masalah pada Buah Pinggang :
Akan jadi demam, menggigil dan sakit pada bahagian bawah belakang badan
Masalah Batu Karang:
Yang ini juga akan alami kesakitan pada bahagian belakang dan juga pelvik
Masalah Buah Pinggang:
Rasa lemah, badan bengkak, darah tinggi
Jika keadaan menjadi lebih teruk, boleh berjumpa dengan doktor untuk rawatan lanjut dan bertangguh lagi.
Ok kak yong nak share satu testimoni ni di mana seorang anak berikan ibunya Vivix yang ada masalah kencing berdarah. Pasti seorang anak risau kan bila melihat ibynya tidak sihat.
0 comments