Langkah mengurangkan bengkak susu

Ibu yang mengusu pasti pernah merasa bengkak susu kan. Siapa yang dah pernah rasa tahu lah macam mana sakit nya. Memang serik kalau kena be...


Ibu yang mengusu pasti pernah merasa bengkak susu kan. Siapa yang dah pernah rasa tahu lah macam mana sakit nya. Memang serik kalau kena bengkak susu. Pernah berlaku pada kak yong dahulu. Tak tahu nak kata apa bila kena bengkak susu, nak buat kerja semua serba tak kena. Mujur kak yong kalau kena bengkak susu tak sampai demam, ada kawan kak yong kena bengkak susu sampai demam panas.






Mother breastfeeding newborn baby in white bed

Bila bengkak susu ini memang rasa ada ketulan dan benjolan dekat payudara. Bonjolan ini dikatakan susu menjadi  beku sebab tidak dikeluarkan. Selagi ketulan itu tak pecah selagi itu lah sakit bengkak susu tidak hilang. Kadang-kadang dah bagi anak menyusu, dah pam dan dah tuam tapi masih bengkak. Risau sungguh masa itu.

Bila tengok keadaan payu dara masa bengkak susu memang takut dan seram. Tempat bengkak susu pun kemerah-merahan dan nampak sangat bengkaknya di situ. Ramai juga ibu menyusu yang pernah alami keadaan ini kan. Jika kita alami bengkak susu bagaimana nak mengurangkan masalah ini ye. Jangan risau saya akan kongsi beberapa cara yang boleh anda cuba.


LANGKAH-LANGKAH MENGURANGKAN BENGKAK SUSU


#1 - Susukan Bayi Dengan Kerap
Susukqn bayi setiap 2 ke 3 jam sekali. Jika bayi tidur kejutkan mereka untuk diberikan susu. Pastikan bagi mereka memyusu di kedua-dua belah payudara setiap kali penyusuan. Pastikan sebelah yang pertama tadi dihisap sepenuhnya sebelum beralih ke payudara sebelah lagi. Jika bayi sudah kenyang dengan satu payudara,perah atau pam susu selepas penyusuan


#2- Pakai Coli yang sesuai
Pakai coli jangan terlalu ketat terutama pada waktu malam dan gunakan coli dari kain yang sesuai. Ini kerana membantu menyokong payudara atau sebaliknya


#3- Mudahkan Aliran Susu
Jika payu dara bengkak, mungkin bayi sukar nak melekap pada aerola kerana kawasan ini menjadi keras. Perah dahulu guna tangan(marmet) atau pam dahulu sehingga sekeliling areola menjadi lembut. Satu cara untuk memudahkan aliran susu adalah ibu mandi dengan air suam atau tuamkan sekeliling payu dara dengan tuala panas di dada.


#4- Pam payudara
Pam suau mengikut jadual yang rtap dan janga  skip waktu pum bagi mengelakkan payu dara menjadi penuh dan membengkak.


#5- Urut payudara
Semasa menyusukan bayi anda, urut dengan lembut sekitar payudara. Ini boleh membantu melancarkan pengaliran susu ibu.


#6- Penggunaan Daun Kubis
Penggunaan daun kubis ini dapat menyejukkan payudara jika diletakkan disekitarnya. Tetapi tiada bukti kukuh yang menyokong ianya boleh melegakan bengkak susu malah dikhuatiri boleh menyebabkan susu kering.


#7- Pengambilan Parasetamol
Jika anda tidak dapat menahan sakit benykak susu, sebagai pilihan terakhir anda boleh mengambil parasetamol bagi melegakan bengkak susu.

#8- Tenang dan berfikiran Positif
Jangan terlalu tertekan jika alami bengkak susu, ibu perlu bertenang dan coll. Anggap ini sementara dan akan pulih


Jika dah cuba cara-cara yang diberi tetapi tak menjadi, anda boleh cuba cara ini :

"Ambil 6 biji lecitchin sekali telan, mudah-mudahan akan melegakan bengkak susu...









Puan Azimah Khamis
Pengedar Shaklee Batu Pahat
Sms/whtsap : 0111-9791281
Ig: kakyong_jual_vitamin_shaklee






You Might Also Like

0 comments