Kesan sakit akibat suntikan Epidural Hilang dan Badan pun dah tak sakit..
5/28/2016Assalamualikum dan salam sejahtera semua...
Korang semua pernah dengar suntikan epidural? Ada tak ibu-ibu pernah ambil suntika ini?
Ok untuk pengetahuan semua suntiak epidural ini suatu bentuk ubat tahan sakit atau painkiller yang diberikan kepada ibu-ibu yang hendak bersalin untuk mengurangkan rasa kesakitan ketika bersalin. Ia disuntik ke saraf di kawasan tulang belakang bawah bagi membolehkan ibu bersalin berasa kebas di kawasan bawah suntikan sepanjang melahirkan anak. Suntikan epidural ini biasa digunakan sama ada dalam kelahiran normal atau pun secara pembedahan.
Proses suntikan epidural
Apakah faedah suntikan epidural kepada ibu bersalin
- Memberikan ibu berehat jika mengalami proses kelahiran yang panjang
- Mengurangkan kesakitan dan ketidakselesaan semasa proses kelahiran
- Suntikan ini membolehkan ibu kekal bertenaga semasa proses meneran bagi kelahiran normal
- Bagi kelahiran secara pembedahan memboleh kan ibu berjaya dan mengurangkan sakit akibat proses pembedahan
Bila waktu sesuai diberikan suntikan epidural?
Bila suntikan ini TIDAK SESUAI diambil oleh Ibu bersalin?
- Anda mempunyai pencairan darah
- Mempunyai bilangan platet yang rendah
- Mempunyai jangkitan di bahagian belakang badan
- Mempunyai jangkitan pada darah
- Jika bukaan servis masih belum mencapai bukaan 4cm
- Jika proses kelahiran berlaku terlalu cepat sehingga tiada masa untuk suntikan epidural
Kesan buruk suntikan Epidural (sumber dalam buku Pregency to Parenthood)
- Ibh mengalami sakit belakang dalam jangka masa yang tertentu, ada yang sehingga berbulan-bulan lamanya selepas bersalin
- Ibu mengalami tekanan darah yang rendah
- Ibu mengalami rasa gatal-gatal, loga dan muntah
- Ibu sukar membuang air kecil selepas melahirkan
- Ibu mengalami sakit kepala yang teruk termasuklah migrain, sakit di bahagian leher dan mungkin dialami sekitar 3 bulan lepas bersalin
- Demam yang dialami oleh ibu dan bay yang dilahirkan(bagi suntikan epidural yang diberi lebih 5 jam)
- Kesan lain boleh menyebabkan lumpuh pada ibu
0 comments