BENTAN SEMASA BERPANTANG?BAGAIMAN IA BOLEH TERJADI?
5/21/2016Assalamualikum dan salam sejahtera semua. Selamat berhujung minggu .
Hari ini tiba-tiba terlintas di fikiran saya nak tulis entri cerita pasal BENTAN semasa berpantang. Alhamdulilah semasa saya berpantang tiada kena bentan, mak saya menjaga saya dengan betul semasa berpantang dan banyak pantang-larang yang dicegah semasa berpantamg bagi mengelakkan terkena bentan se¤Bentan masa berpantang.
Dari pengalaman kawan dan makcik saya yang mengalamj bentan semasa beroantang memang sangat menyeksakan dan trauma kata mereka. Yelah bayangkan masa berpantang badan kita tengah sakit, dengan luka jahitan yang belum baik, bengkak susu lagi dan kurang tidur menguruskan bayi. Sekali terkena bentan memang sangat menyeksakan dan jika tidak dikawal boleh mengakibatkan meroyan pada ibu dalam pantang.
Bentan terjadi apabila badan tiba-tiba berasa seram sejuk dan menggigil. Suhu badan meningkat seperti demam, segala sendi berasa sakit-sakit dan bisa-bisa urat berlaku. Bentan boleh berlaku disebabakan oleh beberapa faktor antaranya ibu tersalah makan, ibu terlalu aktif dan terlanggar benda-benda keras semasa dalam pantang.
3 comments