Sakit Lutut dan Sendi Selepas Bersalin. Kenapa ia Berlaku?

Assalamualikum dan salam sejahtera semua... Perasan tak ibu-ibu, biasanya selepas bersalin kebanyakan kita mengalami masalah sakit lutu...

Assalamualikum dan salam sejahtera semua...

Perasan tak ibu-ibu, biasanya selepas bersalin kebanyakan kita mengalami masalah sakit lutut dan tumit ini. Mungkin tak semua yang mengalami perkara ini dan kadang- kadang bukan hanya ibu yang badan berisi mengalami sakit lutut ini akibat berat badan berlebihan, ibu yang kurus seperti saya pun mengalami sakit ini. Kenapa perkara ini boleh berlaku ye?

Pernah juga saya mengalami sakit sendi dan lutut. Terutama bila duduk lama dan masa nak berjalan. Dah mula risau kenapa ia terjadi kan..adakah sebab faktor usia dan kekurangan kalsium..Sedangkan saya tak miss minum susu dan ambil pil kalsium..Rupanya bila berjumpa doktor, doktor mengatakan ia suatu perkara yang biasa berlaku kepada ibu selepas bersalin.



                          Knee pain

Sakit pada sendi kebiasannya kerap berlaku selepas melahirkan anak. Ini adalah kerana ketika hamil, tubuh wanita mengeluarkan “hormon relaxin” yang berfungsi bagi melonggarkan sendi dan ligamen. Ianya bertujuan bagi jalan bersalin mudah terbuka dan menjadi besar.

Ligamen yang longgar ini menyebabkan sendi menjadi sakit apabila digerakkan, dan selalunya mengambil masa beberapa bulan untuk sembuh semula seperti keadaan sebelum hamil. Kebiasannya selepas bersalin doktor akan membekalkan pil kalsium dan ubat nama glucosamine untuk di amalkan. Sya sejak hamil sehinggalah bersalain saya amalkan pengambil Ostematrix Shaklee. 

Jom kita lihat apa Punca Berlaku Sakit Lutut dan Sendi ini selepas bersalin.


1) Lutut
 
Kebanyakan sakit lutut ini disebabkan bebanan berat badan bertambah ataupun blood circulation. Jadi jika berat anda sudah melebihi ideal weight, lutut akan terasa sakit sebab tidak lagi mampu menanggung berat badan anda. Kurangkan berat badan sehingga dapat kembali berat badan ideal. Ambil makanan berkhasiat dan melakukan senaman bagi mendapakan berat badan ideal...


                                      
timbang-berat-badan



2. Tumit

Sakit pada tumit ini sebabkan oleh rahim/peranakan sedikit terturun dan menekan urat besar pada kaki dan terus ke tumit. Cara mengatasinya anda kena berurut dengan tukang urut selepas bersalin. Tukang urut ini biasanya akan menaikkan balik rahim ke tempat asalnya.

Cara lain yang boleh buat sendiri di rumah ialah dengan baring dan angkat kaki ke atas,  urut bawah perut anda secara atas sedikit dari ari- ari dan tolak naik ke atas secara perlahan- lahan. Masa tidur juga perlu letakkan kaki atas bantal bagi dapatkan posisi supaya rahim akan masuk balik ke tempat asalnya. Kalau versi luar ia dipangil senaman kegel.


senaman-selepas-bersalin 


Langkah mengurangkan Sakit Sendi dan Lutut selepas bersalin
  • Berpantang dengan betol selama 44 hari
  • Bepantang 100 hari dengan suami
  • Elakkan makan makanan berangin dan sejuk
  • Elakkan minum minuman bergas, sejuk dan kafien
  • Berurut
  • Bertungku
  • Mengambil Makanan berkhasiat
  • Berpantang makan laksa  
  • Ambil kalsium yang mencukupi 
  • Ambil Vitamin tambahan
 Keterangan lanjut untuk merawat sakit sendi dan lutut boleh lihat  
 
Berpantang dengan betul bukan sahaja boleh elakkan sakit lutut atau tumit, ia mampu mengembalikan badan ke bentuk asal dan muka juga lebih berseri dan awet muda gitu!
 
Selamat Mencuba!

You Might Also Like

0 comments