Air Ketuban Terlebih Pun Bahaya Jugak...
11/21/2016Assalamualikum dan salam sejahtera semua...
Air ketuban adalah cecair amnion yang berfungsi mengelilingi bayi semasa di dalam rahim. Ia amat penting untuk perkembangan dan melindungi bayi.
Air ketuban ini tidak boleh terlalu sedikit dan terlalu banyak kerana jumlah air ketuban yang tidak normal boleh menjejaskan kandungan anda.
Air ketuban berlebihan biasa terjadi apabila kandungan mencecah usia 22 minggu ke atas. Jika air ketuban ini berlebihan apakah kesan ke atas bayi dan Ibu mengadung.
Kesan Air Ketuban Yang Berlebihan?
Air ketuban yang berlebihan juga membahaya kepada bayi dan ibu mengadung. Terdapat beberapa kesan yang boleh berlaku jika air ketuban berlebihan. Antara nya adalah :1) Contration Awal
Air ketuban yang berlebihan akan menyebabkan rengangan rahim yang mencetuskan contraction terlalu awal, iaitu sebelum sampai waktu bersalin. Ini berlaku kerana air ketuban terlalu penuh di dalam kantung ketuban.
2) Gangguan Pernafasan
Kantung yang terlalu penuh dengan air ketuban akan menyebabkan tekanan pada diafragma ibu, seterusnya menyebabkan ganguan pernafasan seperti tidak puas bernafas, semput dan nafas menjadi pendek.
3) Hypertension dan Tekanan Darah Tinggi
Air ketuban yang berlebihan juga boleh menyebabkan ibu mengalami masalah tekanan darah tinggi
4) Kedudukan Rahim tidak normal
Kesan buruk yang seterusnya ialah rahim akan berubah kepada kedudukan yang tidak normal iaitu terlalu tinggi atau terlalu rendah. Kedudukan rahim yang tidak normal akan menjejaskan proses bersalin.
5) Risiko Kelahiran Bayi Pra Matang
Air ketuban yang berlebihan juga boleh menyebabkan kelahiran pra matang, di mana anda akan dipaksa bersalin awal bagi menyelamatkan nyawa bayi dalam kandungan.
6) Risiko Bersalin Secara Pembedahan
Kedudukan rahim yang tidak normal akibat air ketuban yang terlalu banyak boleh menggangu proses bersalin secara normal dan akhirnya menyebabkan anda terpaksa melahirkan bayi secara pembedahan
7) Risiko pendarahan teruk selepas bersalin
Air ketuban berlebihan juga boleh menyebabkan berlakunya pendarahan yang teruk selepas bersalin. Kehilangan darah yang banyak boleh menyebabkan kematian
8) Uri Lekang
Kandungan air ketuban yang terlalu banyak berpotensi untuk menyebabkan uri lekang iaitu tidak melekat dengan betul pada dinding rahim. Uri lekang akan menyebabkan bayi tidak mendapat bekalan darah dan makanan yang secukupnya.
9) Bayi Songsang
Apabila air ketuban terlalu banyak, ada banyak ruang bayi bergerak menyebabkan bayi tidak duduk di dalam keadaan yang sepatutnya dan mengakibatkan bayi songsang.
10) Perut Terlalu Besar dan Berat
Air ketuban berlebihan menyebabkan anda mempunyai perut yang terlalu besar memboyot dan berat. Ini menyebakan anda terpaksa membawa bebanan yang berlebihan dan menjadi semakin padat.
11) Kematian Bayi Dalam Kanduangan
Air ketuban berlebihan berpotensi untuk menyebabkan kematian bayi dalam kandungan. Semoga kita dilindungi.
Apa perlu Buat Kalau Anda Disahkan Ada Masalah Air Ketuban Berlebihan?
Biasanya doktor akan memantau kandungan anda untuk memastikan anda dan bayi berada dalam keadaan yang selamat. Jika terpaksa doktor akan mengeluarkan sedikit air ketuban,tapi prosuder ini jarang dilakukan.Banyakkan berehat, berdoa supaya kandungan dan anda selamat.
Ibu juga boleh ambil Set Kehamilan seperti ESP dan Vitamin C. Gabungan dua vitamin ini membantu menguatkan sel-sel kantung ketuban bagi memastikan kantung ketuban kuat untuk menampung bebanan air ketuban yang berlebihan.
0 comments