12 Tanda-tanda Sudah Tiba Saat Anda Melahirkan Anak
11/12/2016Assalamualikum dan salam sejahtera...
Saat
disahkan anda hamil adalah sesuatu yang paling indah dan bahagia dalam
hidup seorang wanita yang bergelar isteri. Dalam hati berkata " Ya Allah
aku subur dan boleh berikan suami ku zuriat, terima kasih Allah".
Berita ini pasti sangat membahagiakan buat pasangan yang sudah berkahwin
dan menginginkan cahaya mata. Memang tak tergambar kan kegembiraan di
hati ni, macam nak jerit satu dunia jer bagitahu kita dah
mengandung...hehehehehe
Setelah melalui saat kehamilan, ibu-ibu akan melalui saat-saat untuk proses melahirkan pulak..Dalam teruja untuk menyambut Orang Baru pasti ada perasaan takut kan lagi-lagi untuk ibu yang baru pertama kali..Namun tak kira kali berapa bersalin pasti perasaan takut itu ada..
Kebiasaan pada saat akhir hamil dan saat menunggu kelahiran, nurse akan kerap kali memberi peringtan..Jika terdapa tanda-tanda atau sakit kontraksi yang dialami perlu segera ke hospital berdekatan..
Rasa sakit nak bersalin ni datang secara berperingkat-peringkat..Dimulai 1 jam sekali, lepas tu 30 minit sekali, 10 minit sekali dan bila sudah saat hampi dan bersalin biasa kesakitan akan datang 2-3 minit sekali.. Ibu-ibu perlu tahu tahap serius mana kontraksi yang anda alami untuk memudahkan menjangka masa akan melahirkan...
Tanda-tanda Sudah Tiba Saat Melahirkan Bayi...
1. PERUBAHAN BENTUK TUBUH
Perubahan pada hormon akan merubah bentuk ibu hamil. Bahagian punggung akan melebar dan mempermudahkan jalan lahir untuk si kecil, payudara pun nampak semakin membesar untuk proses penghasilan susu
2. SAKIT PUNGGUNG'
Ini merupakan gejala paling biasa akan dirasakan sebelum tiba saat melahirkan atau semasa melalui proses kelahiran. Oleh itu adalah sangat penting bagi ibu merasai perbezaan sama ada ia sakit biasa atau sakit disebabkan untuk melahirkan..
3. PERUT RASA MENGERAS
Perut ibu hamil terasa mengeras disebabkan bayi mulai turun ke bawah rahim dan menekan di bahagian itu. Selain itu, perut rasa memulas akan membuatkan perut semakin mengeras.
4. KONTRAKSI
Dinding rahim akan makin mengeras sebelum proses kelahiran berlaku. Kontraksi ni kadang-kadang tidak berlaku menyakitkan dan ada dikalagan ibu hamil tidak sedar pun rasa kontraksi tu. Jadi ibu perlu ketahui sama ada sakit itu kontraksi atau bukan. Sakit kontraksi ni di katakan lebih kurang sakit senggugut...Bagi kak yong rasa macam sakit perut nak membuang pun ada...hehehehe
5. KELUAR LENDIR DARI VAGINA
Bila ada keluar lendir dari Vagina ini menunjukkan kelahiran anda semakin dekat. Semakin kerap keluar lendir menunjukkan kelahiran semaki dekat.
6. ADA CAIRAN DARAH
Jika terdapat cairan darah pada vagina, terus segera ke hospital. Ini menunjukkan proses bersalin semakin dekat
7. KELUAR AIR KETUBAN
Jika air ketuban sudah keluar ini menunjukkan saat melahirkan sudah dekat dan anda perlu segera ke hospital.
8. KERAP BUANG AIR KECIL
Gejala kerap buang air kecil ni memang biasa dialami oleh ibu-ibu kan, terutama hamil pada trimester tiga. Namun bila sudah tiba saat untuk melahirkan ia sangat berbeza tau. Anda akan merasakan satu tekanan yang membuatkan anda ingin benar-benar membuang air kecil. Hal ini disebabkan oleh bayi yang mulai makin menurun ke bawah\
9. GERAKAN BAYI PERLAHAN
Sebelum rasa sakit untuk bersalin, ibu hamil akan rasa pergerakan bayi mulai perlahan dan lambat bergerakl. Hal ini kerana saat ini bayi sudah mengatur posisi dan suda bersedia untuk dilahirkan
10. KEKERAPAN SAKIT
Bila sudah tiba saat untuk melahirkan, kekerapan kontraksi akan menjadi semakin kerap antaran 2-3 minit sekali. Pada saat ini bayi sudah mula menolak keluar untuk proses kelahiran
11. KONDISI PSIKOLOGI DAN EMOSI TIDAK STABIL
Seorang ibu yang sudah dekat waktu melahirkan kadang-kadang mempunyai emosi yang tidak stabill. Saat ini suami dan keluarga memainkan peranan penting untuk menenangkan dan memberi kata-kata semangat kepada ibu.
12. PEMBUKAAN
Tanda kemuncak kelahiran semakin dekat adalah bila mana kepala bayi sudah berada di bahagian pintu rahim, pembukaan jalan berlaku secara perlahan-lahan. Umumnya rahim akan terbuka satu persatu sekitar dua cm sekali. Bila laluan sudah 9cm, ini bermakna sudah tiba saatnya anda melahirkan..Pada saat ini ibu perlu alert dengan arahan nurse dan doktor bagi memudahkan bayi dikeluarkan...
Eh teruja pulak bila cerita pasal tanda-tanda melahirkan ni..rasa macam dah bersedia jer nak menambah anak lagi...hehehehe
Setiap ibu tanda-tanda melahirkan adalah berbeza-beza dan malah setiap anak tanda-tanda pun berlainan...Jadi ibu-ibu yang sedang menunggu saat melahirkan ni kena sentiasa allert dengan tanda-tanda atau perubahan yang berlaku supaya ibu-ibu sentiasa bersedia di saat kelahiran..Semoga artikal ini dapat memberi info dan manfaat kepada ibu-ibu di luar sana
0 comments