Makanan Yang Boleh Diambil Oleh Ibu-ibu Bagi Mengurangkan Risiko Koyak Semasa Hamil
11/17/2016Assalamualikum dan salam sejahtera semua...
Siapa yang tak ngeri kena gunting kan? Seboleh-bolehnya memang tak mau la
kena gunting kan. Masih terasa saat kena gunting time bersalin anak
sulung dulu...Biasa kalau bersalin anak sulong ni memang doktor akan gunting sebab tak ada laluan lagi..
Bila dah kena gunting mesti koyak dan kena lah jahit semula kan..
Saat kena jahit tu memang tak boleh di gambar kan dengan kata-kata sakit nya...Tak dibius pun dan di jahit hidup-hidup okey...Ngeri kan...
Sakit bersalin dah lepas tapi sakit nak jaga luka episiotomy ini agak
hebat jugalah. Kalau ianya dijaga dengan baik, alhamdulillah cepat
pulih. Tapi jika ada masalah, kot luka lambat sembuh, pedihnya tak
terkata atau paling ngeri terbukak semula....Aduhai takut nya..
Ok kak yong ada beberapa tips yang boleh mengurangkan risiko kena gunting dan koyakan semasa bersalin..
Apa nak makan waktu hamil untuk mengurangkan risiko koyak semasa melahirkan? Nak bagi sekitar perinium kita anjal?
#1 : Makan Lemak Sihat
Tidak semua lemak tak bagus. Ada lemak yang bagus iaitu makanan yang tinggi dengan asid lemak omega 3. Pernah dengar omega 3? Ianya ada dalam minyak zaitun, avocado, kekacang, salmon, ikan laut dalam.Paling menarik adalah minyak ikan yang bersumberkan omega 3. Kenapa perlu minyak ikan? Pakar O&G pun selalu sarankan minyak ikan diambil semasa hamil kan. Selain nak bagi otak anak cerdik kerana kandungan DHA dalamnya, ia juga bagus untuk membuatkan kulit lebih elastik.
Bila elastik, boleh bayangkan yang ibu dapat kurangkan risiko koyak semasa meneran.
#2 : Ambil vitamin C
Vitamin C pun ada dalam senarai vitamin prenatal kan. Kenapa perlu ambil vitamin c?Vitamin C adalah untuk kolagen. Ia juga buatkan kulit elastik, jadi dapat menjga dari kesan koyakan. Bayangkan macam getah tu, bila elastik walau kita tarik pun tak putus kan? Kulit jadi lebih kuat.
Vitamin C dapat menguatkan perinium anda!
#3 : Ambil sumber Cysteine
Apa benda cystein ni? Ianya adalah sejenis protein amino asid.Ia adalah salah satu sumber antioksidan yang sangat bagus. Sumber cysteine ini adalah dari daging, telur, yogurt, cheese, brokoli, oat.
Sumber terbaik cystein adalah dari ikan, kekacang dan soya.
Jadi ibu-ibu hamil jangan lupa ambil makanan berkhasiat masa hamil tau. Dan juga jangan lupa buat senaman untuk perinium tu.
Sambil-sambil tu boleh amik ni lebih mudah nak jaga. Keluarkan sedikit duit untuk kesihatan diri.
0 comments