Faktor Belakunya Air Ketuban Kurang atau Sedikit.. Ibu Hamil Perlu Tahu

Assalamualikum dan salam sejahtera semua... Air ketuban berfungsi sebagai pelindung kepada bayi semasa dalam kandungan dari hentakan dan...

Assalamualikum dan salam sejahtera semua...

Air ketuban berfungsi sebagai pelindung kepada bayi semasa dalam kandungan dari hentakan dan tekanan luaran. Ia juga merupakan medium perkumuhan bayi.

Air ketuban perlu berada di dalam jumlah yang secukupnya, tidak boleh lebih atau tak boleh kurang kandungannya. Ini kerana jumlah air ketuban mempemgaruhi perkembangan bayi dalam kandungan.

Ok hari ni kak yong nak kongsi denan anda apakah punca-punca yang boleh menyebabkan air ketuban menjadi kurang atau sedikit. 


Fetus 


Punca Air Ketuban Kurang

Air ketuban kurang atau Oligohydramnius adalah keadaan di mana air keuban anda kurang daripada jumlah yang sepatutnya. Ia boleh dikesan melalui ujian ultrasound.

Apakah yang menyebabkan Air Ketuban ini berkurangan ye?

1) Air Ketuban Bocor Awal
Untuk kehamilan yang normal, kebocoran air ketuban adalah antara tanda seorang tanda seorang ibu mengandung dah nak tunggu saat untuk melahirkan. Namun ada kes air ketuban bocor awal sebelum sampai waktu dan ini menebabkan air ketuban kurang dan boleh menjejaskan bayi dalam kandungan.


2) Masalah Perkembangan Janin
Masalah ini berlaku bila perkembangan bayi mengalami masalah sehingga menyebabkan buah pinggan tudak terbentu dengan baik. Hal ini menyebabkan proses perkumuhan bayi tidak berjalan dengan lancer lalu menjadi punca air ketuban berkurangan.


3) Masalah Plasenta
Terdapat juga kes di mana air ketuban menjadi sedikit disebabkan oleh uri yang tidak melekat dengan betul pada dinding Rahim lalu menyebabkan bekalan makanan dan darah tidak dapat disalurkan secukuonya kepada bayi. Ia juga adalah antara punca air ketuban berkurangan.

4) Bayi Kembar
Mengadung kembar juga merupakan salah satu punca air ketuban kurang


5) Masalah Kesihatan
Masalah kesihatan seperti ibu hamil ada diabetes, darah tinggi juga berpotensi menjadi penyumbang kepada masalah air ketuban berkurangan.


Apa yang boleh ibu lakukan jika hadapi masalah air ketuban kurang?

Untuk masalah ini memang tiada ubat atau rawatan moden yang saintifik untuk masalah ini. Biasanya doctor akan membuat pantaun yang lebih teliti dari semasa ke semasa. Jika keadaan ini membahayakan ibu dan bayi mungkin anda akan dipaksa bersalin lebih awal dari tarikh jangkaan bersalin.




<<<<<<< Air ketuban sedikit..bahaya tak?>>>>>>

You Might Also Like

0 comments