AWAS...Kanser Tekak Mudah Menyerang Kaum Lelaki...
11/18/2016Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...
KANSER TEKAK? Ada ke cara merawat kanser tekak bila dah terkena ni ye..
Usah risau kerana setiap penyakit ada penawarnya. Menurut Prof Madya Mohd Razif Mohamad Yunus, Pakar Bedah Kepala dan Leher dari Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), sakit kanser di bahagian kepala dan leher termasuklah tekak masih mampu diselamatkan andai pesakit dapat mengesan dan bertindak dari awal.
Walaupun bukan 100% pulih seperti asal, namun sekurang-kurangnya kita mampu menyelamatkan atau memanjangkan hayat mereka dengan hidup yang lebih berkualiti.
Apakah Itu Kanser Tekak?
Tekak adalah peringkat awal tiub penghadaman, terletak di antara mulut dan esofagus. Pada masa yang sama tekak adalah sebahagian daripada tiub pernafasan yang menghubungkan rongga hidung ke tekak.Kanser tekak mungkin berlaku dalam nasofarinks, orafarinks dan hypopharynx. Kanser paling biasa nasofarinks terjadi kepada kaum lelaki yang tumbuh daripada bumbung dan dinding sebelah parynx. Kanser lebih kerap berlaku di kalangan lebih umur 35 tahun. Kanser tekak biasa dikaitkan dengan tabiat merokok, pengambilan minuman beralkohol, amalan mengunyah pinang, sirih dan juga gambir atau disebabkan jangkitan virus lain seperti Virus papiloma manusia (HPV)
Simptom dan Tanda-tanda Kanser Tekak
Kanser di bahagian tekak biasanya bermula dengan simptom seperti pembesaran nodus limfa di luar bahagian leher, sakit tekak atau perubuhan suara.Namun jika ia berkaitan dengan kanser, keadaan ini kelihatan lebih kronik. Ia mungkin dapat dilihat dengan jelas melalui benjolan atau kesakitan di bahagian tekak, leher yang tidak sembuh dalam tempoh masa yang lama.
Pertuturan juga turut terjejas dan pesakit mungkin mengalami sakit di bahagian telinga. Selain itu, biasanya pesakit mengalami kesukaran menalan dan kadangkala ia membengkak di bahagian leher.
Rawatan
Terdapat beberapa rawatan yang perlu dijalani oleh pesakit bergantung kepada tahap yang mereka alami. Antara rawatan yang biasa dilakukan adalah seperti :1) Pembedahan bagi mengelakan ia merebak di tempat lain
2) Rwatan Radioterapi
3) Rawatan Kemoterapi
Bagi pesakit yang kronik dan sudah berada pada tahap ke empat di mana sel kanser sudah merebak ke seleruh tubuh badan, maka mereka diberi rawatan paliatif yang menyokong pesakit.
Manakala bagi pesakit yang dipercayai mempunyai harapan untuk sembuh, mereka akan dibedah bagi membuang kawasan yang dijangkiti.
Langkah Pencegahan Kanser Tekak
- Berhenti merokok
- Jika menggunakan gigi palsu, pastikan gigi palsu dibersihkan dengan kerap untuk mengelakkan jangkitan
- Ambil makanan yang seimbang dan berkhasiat
- Menjaga kesihatan mulut
- Jangan mengamil minuman beralkohol
Cadangan Supplement Untuk Kanser Tekak
Selain rawatan-rawatan di atas, kaedah lain yang boleh dilakukan ialah dengan pengambilan Supplemen tambahan. Dalam keadaan cuaca yang tidak berapa bersih dan sihat sekaran ni, tubuh kita mudah terdedah dengan radikal-radikal bebas dari pencemaran air, udara dan bunyi. Radikal bebas ni menyebabkan sel-sel tubuh menjadi rosak dan menyebabkan risiko diserang kanser menjadi lebih tinggi.Amalakn pengambilan supplement tambahan yang tinggi antioksidan untuk menentang radikal bebas yang boleh menyebabkan kanser.
Antara supplement yang boleh diamalkan :
VIVIX - Berperanan memperbaiki Sel Sihat dan merencatkan sel-sel kanser, mempercepatkan proses penyembuhan
Vita-Lea - Mengandungi kes emua vitamin dan mineral yang diperlukan
Vitamin C - Bantu proses pemulihan luka dan tingkatkan minusasi
Nutriferon - Menggalakkan penghasilan interferon. Interferon menggalakkan penghasilan lebih banyak sel imun
Vitamin E - melepaskan radikal bebas dalam nadan yang boleh menyebabkan kanser
0 comments