LECITCHIN
Omega Guard
BUANG LEMAK-LEMAK BERBAHAYA DI DALAM TUBUH
5/22/2013Lemak yang berlebihan di dalam tubuh kita boleh mengundang kepada pelbagai penyakit dan keburukan. Antara penyakit yang paling popular yang tak pernah lari dari akibat lemak berlebihan adalah KEGEMUKAN. Dari kegemukan dan berat badan berlebihan juga mengundang kepada penyakit-penyakit berbahaya iaitu Diabetes, Darah Tinggi, Saluran Jantung tersumbat, strok, kanser dan lain-lain.
Faktor utama untuk mengawal kadar lemak dalam badan adalah dengan mengawal berat badan. Antara cara-cara yang boleh digunakan ialah :
“Perkara utama ialah mesti ada kemahuan sendiri, bersedia dan komited. Tujuan menurunkan berat badan juga perlu jelas kerana anda mesti buat untuk diri kebaikan diri seperti mahu hidup sihat dan panjang umur.“Jangan berusaha kerana orang lain, contohnya dipaksa isteri atau sayangkan kekasih, kerana usaha ini akan terhenti di tengah jalan.
“Usah mencuba kaedah yang tidak terbukti secara saintifik kerana boleh membahayakan kesihatan. Usah terpengaruh kata-kata manis iklan kerana tindak balas badan kita ke atas sesuatu produk tidak sama dengan orang lain.
“Paling penting ialah ambil tindakan awal. Jika berat badan bertambah, segera mulakan sesi bersenam dan kawal makan. Jangan tunggu hingga mengalami masalah berat badan berlebihan kerana usaha mengurangkannya lebih sukar.
“Jika semua langkah tidak berjaya, dapatkan bantuan doktor. Doktor akan memeriksa kesihatan terlebih dulu sebelum seseorang diberi ubat mengurangkan berat badan untuk mengelak komplikasi dan mengenal pasti risiko yang mungkin berlaku,” katanya.
Dr Faridah berkata, pencegahan adalah kaedah terbaik. Tiada orang dilahirkan dalam keadaan obes. Masalah ini berpunca daripada sikap diri sendiri dan tabiat pemakanan keluarga yang dipupuk sejak kecil. Ibu bapa perlu mendidik anak mengamalkan pemakanan seimbang dan sihat serta lakukan aktiviti senaman keluarga.
0 comments