Cara Merawat CYST Tanpa Perlu Melakukan Pembedahan

Assalamualikum dan Salam Sejahtera semua... Apakah Itu CYST? Hari ni Kak Yong nak kongsi dengan anda satu masalah yang sering meng...


Assalamualikum dan Salam Sejahtera semua...


Ovarian cyst Royalty Free Stock Image


Apakah Itu CYST?

Hari ni Kak Yong nak kongsi dengan anda satu masalah yang sering menghantui kaum wanita iaitu CYST. Tahukah apakah itu CYST. Ok Cyst adalah sejenis tumbuhan dalam kilang ovari wanita. Sistem pembiakan wanita terdiri daripada rahim, serviks, ovari dan tiub fallopian. Ovari adalah 2 organ kecil yang terletak di kiri dan kanan rahim dalam badan wanita. Ia menghasilkan telur (ovum) serta hormon seperti estrogen dan progesteron.

Pada setiap satu kitaran haid, telur membesar dan tumbuh pada kantung kecil di dalam ovari yang dipanggil folikel. Apabila telur matang, folikel akan pecah dan membebaskan telur atau ovum tadi. Seterusnya kantung akan mengecut dan berubah menjadi corpus luteum. Corpus luteum merembeskan hormon yang membantu menyediakan telur pada kitaran seterusnya.

Cyst ovari adalah masalah yang kerap berlaku kepada wanita. Dikatakan 3 dari 10 orang wanita dewasa menghadapi masalah ini. Menurut Dr Zubaidi Ahmad, kebanyakan cyst ovari bukanlah ketumbuhan kanser. Berita baiknya hampir semua cyst ovari akan hilang secara spontan tanpa memerlukan rawatan. Walau bagaimanapun terdapat cyst yang tidak hilang seperti biasa dan ini memerlukan rawatan. Dan apa yang lebih menakutkan ialah terdapat beberapa kes kecil yang mendapati ketumbuhan cyst bertukar menjadi kanser.

Apa punca cyst?

1. Hormon Estrogen yang berlebihan.
Cyst adalah ketumbuhan sel yang bergantung pada estrogen. Jika hormon estrogen dan progesteron dalam badan anda tidak seimbang, anda pasti berisiko untuk mendapat penyakit ini. Keadaan seperti ini sangat ketara dalam mereka yang mengalami masalah PCOS yang boleh menyebabkan infertility. Penggunaan pil perancang keluarga juga boleh menyebabkan ketidakseimbangan estrogen dan boleh mengaktifkan fibroid atau cycts.

 2. Lambakan xenoestrogen dalam badan.

Xenoestrogen adalah ‘estrogen sintetik’ yang terdapat dalam persekitaran (makanan, air, kimia dari industri pertanian dan penternakan). Dalam kata lain, ia adalah estrogen palsu dalam badan. Ia boleh merangsang atau mengganggu fungsi estrogen dalam badan.

Dari mana datangnya xenoestrogen ini?
– phthalates (bahan dlm plastic atau getah)
– racun serangga (pesticides)
– tobacco by products.


3. Obesiti.
Lemak berlebihan dalam badan akan mengaktifkan satu sistem yang kita panggil ‘Endocanabinoid system’. Sistem ini akan mengganggu fungsi-fungsi hormon yang lain dan juga boleh menyebabkan silent inflammation atau radang yang tinggi dalam badan. Ini bukan sahaja menyebabkan ketumbuhan, malah berisiko untuk mendapat pelbagai jenis kanser.

4. Genetik 
Jika anda mempunyai sejarah keluarga yang mempunyai penyakit yang sama, anda juga boleh mempunyai risiko yang sama.


Tanda-tanda cyst?

Kebiasaannya wanita tidak menyedari kewujudan Cyst ni,  Tak sedar pun ia wujud dalam badan kita. Tetapi, jika ia semakin aktif atau membesar tanda-tanda sudah mulai nampak. Ok antara tanda-tanda adalah seperti berkut :

Antara simptoms-simptoms cyst adalah :

  • haid yang tidak teratur / berpanjangan
  • sakit perut
  • sakit ketika hubungan kelamin
  • perut membuncit
  • pendarahan abnormal

Apakah Rawatan yang boleh dilakukan?

Apabila seseorang telah disahkan oleh doctor menghidapi Cyst, doctor akan melakukan pemeriksaan yang lebih lanjut bagi mengetahu tahap Cyst dan saiz Cyst, kedudukan cyst berada di kedudukan yang mana. Kebiasaanya jika saiz Cyst berukuran di bawah 5cm, doctor tidak akan melakukan pembedahan tetapi akan memberi ubat untuk mengecilkan Cyst dan menghalang pembesaran Cyst.

Tetapi Jika cyst semakin membesar dan tidak mengecil serta menyebabkan pendarahan yang berterusan, anda perlu melakukan pembedahan.Pembedahan adalah pilihan terakhir yang diberikan oleh doktor, sekiranya anda disahkan mempunyai cyst yang bersaiz besar, pembedahan diperlukan untuk megeluarkanya. Sesetengah cyst mengakibatkan kerosakan ovari dan terpaksa dibawa keluar sekali bersama sama dengan cyst. Apa2 pun dapatkan nasihat doktor anda terlebih dahulu.


Rawat Cyst Tanpa Perlu Pembedahan Dengan VIVIX





            Image result for testimoni cyst shaklee dengan vivix




You Might Also Like

0 comments