HB RENDAH...Bahayakah pada Ibu Hamil...

HB rendah ini selalunya dikaitkan dengan hemoglobin darah yang rendah. Hemoglobin adalah sejenis sel darah merah yang sangat penting unt...



HB rendah ini selalunya dikaitkan dengan hemoglobin darah yang rendah.Hemoglobin adalah sejenis sel darah merah yang sangat penting untuk mengangkut oksigen ke seluruh badan. Jika kekurangan hemoglobin seseorang boleh kelihatan pucat dan mungkin boleh mengalami pitam.



HB Rendah Dan Kehamilan

Ibu yang hamil memerlukan 50% lebih zat besi daripada biasa. Jadi ibu-ibu jangan skip vitamin yang dibekalkan oleh doktor anda ye. 

Jumlah peratus HB yang normal adalah 11% ke atas, peringkat 10% adalah sederhana, peringkat HB Rendah adalah dibawah 9%. Ibu hamil yang mengalami HB rendah di bawah 9% adalah sangat berbahaya kepada ibu dan juga bayi dalam kandungan.

 

Penyebab HB Rendah

  • kurang nutrisi contohnya zat besi, asid folik dan vitamin B12.
  • masalah buah pinggang 
  • kehilangan darah mungkin dari pembedahan


Tanda-Tanda HB Rendah

  • pening
  • rasa letih dan tidak bermaya
  • sakit kepala
  • pucat
  • nafas yang pendek, termengah-mengah 
  • tidak boleh memberi tumpuan

Risiko Dan Kesan HB Rendah

  • keguguran
  • kelahiran bayi pra matang
  • bayi kecil
  • koma
  • meningkatkan kebarangkalian ibu meninggal dunia

Ejen Shaklee di kawasan anda. Saya membuat penghantaran ke serata Malaysia. Hubungi saya di azie_zimah@ymail.com/ 013-2115841 untuk tempahan dan penghantaran Kawasan Batu Pahat boleh COD.. Berkongsi produk-produk kesihatan & kecantikan shaklee Sinari Hidup dgn shaklee Produk telah lame di pasaran NURAZMAH KHAMIS ID : 894681

You Might Also Like

0 comments