ESP
Tips Kehamilan
10 Tanda-tanda Ibu Hamil Perlu Berbuka Puasa Segera Agar Tidak Memudaratkan Ibu dan Bayi Dalam Kandungan
6/10/2016
Dalam Islam Puasa di Bulan Ramadhan adalah amalan yang Wajib dilakukan oleh setiap umat Islam. Namun begitu Islam ada memberi kelonggaran kepada golongan tertentu yang tidak mampu berpuasa seperti Ibu Hamil dan Ibu Menyusu.
Islam memberi kelonggaran kepada mereka untuk tidak berpuasa dan harus menggantinya pada hari lain dan membayar fidiyah atau tidak. Namun begitu, jika Ibu Hamil merasakan mereka mampu berpuasa dan yakin tidak akan menggangu kesihatan dirinya dan bayi dalam kandungan adalah amat digalakkan mereka berpuasa.
Pengalaman Berpuasa Semasa Hamil
Pengalaman kak yong berpuasa semasa mengandungkan Zakirah Ain alhamdulilah Allah permudahkan puasa kak yong, kak yong cuma tidak dapat puasa 1 hari sahaja sebab terlajak bangun sahur..hehehehehehe...
Mula-mula memang kak yong teruskan puasa jugak sebab dah niat berpuasa dan rasa boleh puasa ni walau tak sahur, tapi bila tengok jam dalam pukul 11.00 pagi dan kak yong rasa pergerakan baby tak semeriah selalu, hati ni dah mula risau dan terpikir kenapa baby tak bergerak sangat ye. Kak yong cuba kejut-kejut kan dia dan adalah bergerak-gerak sikit tetapi macam lemah. Kak yong pun bagitahu mak kak yong dan mak kak yong suruh berbuka sebab takut baby lapar sebab tak sahur pagi tadi.
Walaupun dalam hati sayang nak berbuka sebab masa tu hari terakhir puasa tau tapi bila memikirkan nyawa baby lagi penting, terus berbuka. Lepas jer berbuka alhmdulilah baby terus bergerak aktif seperti biasa. Lapar rupanya dia.Maafkan ibu ye nak..hehehehe
Ibu-ibu yang hamil kalau rasa baby kurang gerak berbuka lah jangan paksa diri untuk berpuasa tau, pikir nyawa yang lebih penting dalam kandungan kita tu, puasa boleh ganti tapi anak tiada galang ganti nya. Sebab itu Islam memberi kelonggaran kepada Ibu Hamil ni..Istimewa kan kita ibu-ibu..
Ok kak yong nak share dengan ibu-ibu hamil semua, apa tanda-tanda yang membolehkan Ibu Hamil berbuka puasa dengan segera agar tidak memberi kemudaratan kepada Ibu dan Bayi dalam kandungan.
Tanda-tanda Bahaya Ibu Hamil Perlu Berbuka Puasa
#1- Pergerakan BayiIbu-ibu hamil yang berpuasa kena sentiasa cek pergerakan bayi ye..sentiasa alert tau, kalau ibu-ibu rasa pergerakan bayi anda lebih slow atau tak kerap gerak seperti biasa cuba kejut-kejutkan bayi anda..jika baby anda kurang bergerak jugak saya sarankan ibu hamil perlulah berbuka..mungkin bayi anda berasa lapar dan tiada tenaga. Madam pengalaman yang kak yong cite tadikan..kak yong berbuka puasa sebab baby kurang gerak dan lepas bukak baby terus aktif bergerak..
#2- Loya, muntah dengan kerap
Sekiranya ibu hamil mengalami loya dan muntah-muntah yang terlalu kerap sehingga 3-5 kali dalam sehari adalah perlu ibu hamil berbuka puasa. Ini kerana muntah yang terlalu kerap akan menyababkan ibu ha,il kekurangan air di dalam badan. Kekurangan air di dalam badan adalah berbahaya kepada ibu dan bayi dalam kandungan.
#3- Air Kencing berwarna kuning dan pekat
Ibu hamil pun kena alert tau bab air kencing ni. Semasa anda berpuasa sekiranya air kencing anda berwarna kuning dan terĺalu pekat itu tanda nya anda kekurangan air dalam badan. Adalah di galakkan untuk ibu hamil segera berbuka dan mengambil air dengan jumlah yang mencukupi bagi mwngembalikan semula jumkah air di dalam badan.
#4- Sakit Perut Yang Teruk
Sekiranya ibu hamil mengalami sakit perut yang teruk sehingga menyebabkan perut merasa pedih, keras, senak ibu hamil perlu berbuka bagj mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku
#5- Cirit-Birit
Jika alami cirit birit ibu hamil digalakkan berbuka kerana bimbang badan kekurangan air dan boleh menjejaskan kandungan
#6- Tidak sihat seperti demam
Ibu hamil yang yidak sihat seperyi demam jika berpuasa digalakkan berbuka agar ibu mudah sembuh dan mendapat tenaga yang mencukupi
#7- Sakit Kepala yang Teruk
Sekiranya sakit kepala yang dialakami amat teruk sehingga boleh membawa pitam, gelap mata atau pengsan..ibu hamil berbuka lah jangan dipaksa diri untuk berpuasa
#8- Berlaku Pendarahan
Ada sesetengah ibu hamil memang mengalami pendarahan semasa hamil, jika mengalami pendarahan dan ibu berpuasa sekiranya bimbang akan menjejaskan kandungan ibu hamil mestilah berbuka puasa bagi mengelakkan pendarahan berlaku lebih teruk
#9- Berat turun secara mendadak dan tidak naik
Jika ibu hamil berpuasa dan berat tirun secara mendadak atau tiada berlaku kenaikan berat badan maka ibu hamil perlulah berbuka dan sebolehnya tidak berpuasa kerna bimbang akan mengamcam pertumbuhan bayi
#10- Badan Tiba-tiba rasa menggigil
Jika ibh hamil bwrpuasa da tina-tiba terasa badan menggigil itu tanda badan kekurangan gula dan tenaga. Jadi digalakkan ibu hamil berbuka puassa dan mengambil makanan yang boleh mengembalikan jumlah gula di dala tubuh anda
Tips Berpuasa Untuk Ibu Hamil
- Ibu hamil mestilah bersahur - Ambil makanan seimbang ketika sahur, makan kurma untuk penambah tenaga dan minum air secukupnya semasa sahur
- Minum susu semasa sahur untuk mengurangkan ancama anemia
- Tidak makan makanan yang terlalu manis masa sahur agar ibu tidak mudah lapar
- Ambil makanan yang tinggi serat seperti buah-buahan
- Kurangkan makana pedas
- Ambil supplement atau vitamin (SET KEHAMILAN SHAKLEE)
Puasa memang ibadah wajib yang perlu kita lakuka sebagai orang islam. Namun Islam memberi kelonggaran kepada ibu hamil dan menyusu. Semoga entri ini sedikit sebanyak dapat memberi info kepada anda semua...
Puan Azimah Khamis, Pengedar Shaklee Batu Pahat Johor
Pertanyaan dan order whtsap 0111-9791281
0 comments