10 Punca Berlakunya Tumpah darah Selepas Besalin

Assalamualikum dan salam sejahtera semua... Tumpah darah selepas bersalin adalah suatu perkara yang sangat ditakuti dan ngeri kepada wanit...

Assalamualikum dan salam sejahtera semua...

Tumpah darah selepas bersalin adalah suatu perkara yang sangat ditakuti dan ngeri kepada wanita selepas bersalin. Tumpah darah ni boleh bawa maut tau kepada ibu sekiranya darah yang keluar terlalu banyak dan tidak berhenti...


  Image result for TUMPAH DARAH SELEPAS BERSALIN
                                 

Apa yang dimaksudkan dengan tumpah darah?

Tumpah darah ialah peristiea pendarah selepas bersalin, dalam istilah perubatan dipanggil post-partum hemorrhage.

 

Terdapat 2 Jenis Tumpah Darah

PERTAMA

Tumpah Darah Primer
Berlaku dalam masa 24 jam selepas kelahiran iaitu semasa anda berada di dalam hospital. Teringat masa kak yong bersalin dulu, doktor ada pesan kalau alami pendarah yang banyak bagi tahu pada nurse atau doktor yang bertugas. 

KEDUA

Tumpah darah sekunder - berlaku antaravtempih 24 jam sehingga 6 minggu selepas melahirkan bayi. Biasanya masalah ini berlaku setelah anda berada di rumah.

Istilah tumpah darah ialah apabila berlaku pendarahan melebihi 0.5 liter untuk bersalin biasa da  1 liter untuk bersalin secara pembedahan. 



Punca Berlaku Tumpah Darah Selepas Bersalin

1#Rahim tidak mengecut
Rahim tidak berupaya mengecut dengan baik biarpun sudah disuntik demgan ubat khas bagi menyempurnakan prosuder pemgecutan rahim (uterine antony)


2#Uri atau cebisa  uri tertinggal
Uri atau cebisan  uri masih tertinggal di dalam rahim. Ketahuilah sekiranya uri tidak dikeluarkan dengan sebaik-baiknya, pendarah akan terus berlaku dan boleh memudaratkan diri.

3#Luka pada pangkal rahim, faraj atau saluran peranakan
Pendarahan juga berlaku akibat daripada luka besar di bahagian pangkal rahim, faraj atau sepanjang saluran peranakan

4#Darah sukar beku
Seterusnya penyakit darah sukar beku akibat tahap sel platelet yang turut boleh menjadi punca tumpah darah (therombocytopenia)

5#Jangkitan kuman  di dalam rahim (edometritis)

6#Wanita Hamil yang alami anemia
Wanita hamil yang mengalami anemia (iaitu kekurangan hemoglobin atau sel darah merah) amatbmudah untuk mengakaminya. Hal ini terutamanya bagi anda yang mempunyaintahap hrmoglobin (HB) kurang 10. Pada tahap yang normal , Hb anda perlu berada pada paras melebihi 11.5. Bagi yang disahkan mengalami anemia sewaktu hamil, perlu kerpa memeriksa tahap Hb.

Mereka perlu mengambil vitamin khas untuk menambah darah dan seterusnya mengekalkan tahap Hb pada paras normal

7#Hamil pada usia melebihi 40 tahun
Antara salah satu sebab berlaku pendarahan selepas bersalin adalah melahirkan anak selepas umur 40 tahun.

8#Bersalin melebihi 5 kali
Hal ini berpunca daripada kesukaran otot-otot rahim yang mengembang semasa bersalin untuk mengecut dengan baik dan sempurna

9# Kelahiran Secara Pembedahan
Tumpah darah boleh berlaku kepada kelahiran secara pembedahan terutama yang dijalankan secara kecemadan, uri bawah yang berisiko menyebabkan uri melekat

10# Tumpah darah pada kelahiran sebelumnya
Jika anda pernah mengalami tumpah darah pada kelahiran sebelumnya, kemungkinan anda juga akan mengalami pada kelahiran yang berikutnya..

Risiko Apabila Berlakunya Tumpah Darah

1) Rahim perlu dibuang
Jika tumpah daran berlaku secara teruk, rahim mungkin perlu dikelurkan demi menyelamatka  nyawa ibu. Namun jika daoat dikesan awal hal ini dapat dielakkan

2) Maut
Jika pendarahan berlaku semakin teruk dan tidak dapat diselamatkan ia boleh membawa maut dan kematian pada ibu.


PANDUAN OLEH DOKTOR 

  1. Sekiranya pernah mempunyai sejarah tumpah darah, pastikan anda bersalin di hospital yang dilengkapi dengan bank darah yang mencukupi
  2. Pengesanan awal adalah penting untuk mengelakkan risiko tumpah darah. Oleh itu, perlu menjalani pemeriksaan antenatal secara teratur
  3. Pastikan pemakanan yang diambil adalah sihat dan seimbang. Banyakkan memakan makanan tinggi zat besi seperti kerang, hati, sayuran hijau dan jambu batu. 
  4. Ambil Vitamin yang diperlukan seperti Vitamin B6, B12 dan asid Folik. Boleh ambil VITAMIN UNTUK IBU HAMIL
  5. Jika berlaku tanda-tanda awal segera ke hospital

Tips Semasa Berpantang 

  • Rehat secukupnya
  • Jangan lakukan kerja-kerja rumah
  • Mengambil makanan yang berkhasiat
  • Bertungku bagi mengelakkan darah beku
  • Menyusukan bayi bagi membolehkan rahim mengecut dengan cepat
  • Amalkan SET BERPANTANG SHAKLEE

You Might Also Like

0 comments