Penyusuan bagi ibu yang berkerjaya, Bagaimana ingin berjaya?
8/20/2015
Saya merupakan salah seorang ibu yang berkerjaya dan masih menyusukan anak.
Mesti ramai ibu-ibu diluar sana risau dan bimbang bagaiman nak kendalikan stok susu bila dan naik kerja. Mula lah kelam kabut nak buat stok, nak ajar anak isap botol, nak pam lagi buat stok. Seringkali juga timbul masalah-masalah ibu berkerjaya ini bila nak naik kerja anak "reject" botol. Alhamdulilah anak saya tidak susah untuk diajar botol.
Ok disini saya nak kongsi dengan anda berberapa perkara yang boleh dilakukan dalam masa berpantang agar tidak menimbulkan masalah bila hendak berkerja.
#1 : Belajar Guna Pam Seawal Boleh
Belajar gunakan pam seawalnya untuk mengelakkan anda merasa stress jika hasil yang didapati tidak memuaskan hati. Guna pam yang paling selesa bagi anda. Ingat, pam yang selesa bagi kita mungkin tidak sama dengan jenis pam yang selesa pada orang lain.#2 : Buat Stok Awal
Buat stok susu sekurang-kurangnya 2 atau 3 minggu sebelum bermulanya kerja. Bagaimana hendak buat stok kalau bayi asyik berkepit je? Mudah saja, pam selepas bayi berhenti menyusu ataupun semasa bayi anda tidur. Walaupun susu yang dipam tidak banyak, kumpulkan sikit demi sedikit lama-lama jadi banyak juga.#3: Ajar Bayi
Ajar bayi gunakan botol sekurang-kurangnya 1,2 minggu sebelum masuk kerja. Seeloknya minta bantuan orang lain untuk susukan bayi dengan menggunakan botol untuk memberi ruang bayi anda mengenali orang lain selain ibunya dan merasa selamat dengannya. Jika tidak diajar dari awal bimbang nanti bayi akan menolak botol dan sudah semestinya akan membuat anda bertambah stress.Tips yang mudah je. Semoga bermanfaat! Semoga ibu berjaya meneruskan penyusuan susu ibu walaupun bekerja. Bekerja tidak menghalang kita untuk berikan yang terbaik pada bayi.
Ingin tambah susu badan?
Boleh cuba SET PENYUSUAN SHAKLEE
Azimah khamis
Agen Shaklee 0111-9791281
0 comments