Set Menyusu
Tips Penyusuan
Cara Tambah susu Badan - Diari Ibu Zakirah
9/18/2015Assalamualaikum semua....
Rasa dah lama sangat tak buat entry baru dekat blog akak...Dah naik bersarang blog ini...hehehehehe...
Alhamdulilah tanggal 04/09/2015 hari itu genap permata hati akak Nur Zakirah Nurain berusia 1 tahun dan bermakna akan berjaya susukan dia sepenuhnya dengan susu ibu...rasa bersyukur dan gembira sangat sebab dapat tunaikan hak anak...Sekarang ini misi diteruskan sehingga dua tahun...semoga allah permudahkan segalanya...
Menyusukan anak bukan perkara mudah, lagi-lagi akak seorang ibu bekerjaya. Kena sentiasa konsisten bagi memastikan produk susu mencukupi untuk anak sepanjang akan ditempat kerja.Alhamdulilah sehingga hari ini susu tetap meriah dan cukup untuk anak. Ok hari ini akan terasa nak kongsi dengan anda semua tips-tips atau cara nak tambah susu badan dan memastikan susu badan mencukupi.
Cara tambah susu badan ada banyak. Mana satu yang ibu semua nak pilih? Yang senang, yang mudah, yang best, yang tak berapa nak best. Dengan makan kacang tanah boleh tambah susu?
Ok akak senaraikan beberapa cara yang boleh ibu-ibu cuba ye...
Cara #1 tambah susu
Mindset. Ini adalah kawalan minda. Dengan hanya berfikir positif yang susu badan sentiasa cukup untuk bayi, maka selagi itulah susu badan insyaAllah akan mencukupi.Cara #2 tambah susu
Buat teknik power pumping ...Caranya mudah sahaja dengan hanya membuat teknik power pumping ini beberapa kali sehari hingga anda nampak hasilnya.Akak dah cuba, dan ia memang sangat membantu.
Cara #3 tambah susu
Jaga kesihatan ibu. Jangan biarkan diri terlalu penat dan lesu kerana ia akan mempengaruhi juga penghasilan susu. Bila ibu tak sihat dan asyik letih je, maka secara tak langsung badan akan mula lemah. Ibu boleh mengambil multivitamin untuk membuatkan diri lebih bertenaga.Cara #4 tambah susu
Berdisiplin dalam menyusu badan. Pastikan ibu jangan sesekali mencampurkan susu formula kepada bayi terutama untuk 6 bulan pertama kerana dengan pemberian susu lain, maka bayi akan kurang menyusu dengan anda.Bila bayi kurang menyusu, isyarat akan dihantar yang susu sudah mencukupi dan tidak perlu dihasilkan lagi dan lama-lama mungkin akan menyebabkan anda berterusan mengalami kekurangan susu.
InsyaAllah dengan tips mudah ini ibu boleh menyusu badan dengan lebih cemerlang.
0 comments