11 Cara Cepat Hamil, Tips dan Petua yang boleh diamalkan

Setiap pasangan yang berumah tangga mesti mempunyai impian untuk mendapatkan anak. Tiada pasangan yang berkahwin tidak mahukan anak. Namun...

Setiap pasangan yang berumah tangga mesti mempunyai impian untuk mendapatkan anak. Tiada pasangan yang berkahwin tidak mahukan anak.

Namun demikian,  bukan semua wanita mudah untuk mengandung dan melahirkan anak. Ada di antara kita yang diuji Allah dan memerlukan bantuan untuk merangsang kehamilan. Mereka juga memerlukan makanan tambahan untuk mempercepat proses kehamilan.



                                                            


Image result for gambar wanita hamil





Tips untuk cepat hamil?

1. Berdoa kepada Allah

Senjata utama orang Islam adalah DOA.

Berdoalah sungguh-sungguh dengan sepenuh hati dan spesifik. Setelah berusaha, serahlah pada Allah. Antara waktu doa dimakbulkan adalah selepas solat tahajud bermula pukul 2.30 pagi hingga terbit fajar.

Sabda Rasulullah SAW: “Sehampir-hampir masa seseorang hamba Allah kepada Tuhannya ialah pada waktu tengah malam yang terakhir, maka kalau kamu berminat menjadi seorang dari orang-orang yang mengingati Allah pada saat yang tersebut, maka hendaklah kamu lakukannya.” (At-Tirmizi) Nabi SAW bersabda; “Hendaklah kamu bersolat malam. Sesungguhnya ia amalan orang yang soleh sebelum kamu, amalan yang mendekatkan kepada Tuhanmu, penghapus kesalahan dan pencegah dosa.”  (HR; Muslim)
Antara doa yang boleh di baca ialah:

Doa Nabi Zakaria alaihi as Salam :
رَبِّ هَبْ لِي مِنْ لَدُنْكَ ذُرِّيَّةً طَيِّبَةً إِنَّكَ سَمِيعُ الدُّعَاءِ (38)
Artinya : “Ya Tuhanku, berilah aku dari sisi Engkau seorang anak yang baik. Sesungguhnya Engkau Maha Pendengar doa”. (QS. Ali Imran : 38)
رَبِّ لَا تَذَرْنِي فَرْدًا وَأَنْتَ خَيْرُ الْوَارِثِينَ (89)
Artinya : “Dan (ingatlah kisah) Zakaria, tatkala ia menyeru Tuhannya: “Ya Tuhanku janganlah Engkau membiarkan aku hidup seorang diri dan Engkaulah waris yang paling Baik.” (QS. Al Anbiya : 89)
Doa Nabi Ibrahim ‘Alaihi as Salam:
رَبِّ هَبْ لِي مِنَ الصَّالِحِينَ (100)
Artinya : “Ya Tuhanku, anugrahkanlah kepadaku (seorang anak) yang Termasuk orang-orang yang saleh.”(QS. Ash Shafat : 100)


2. Detoks
Usus yang bersih sahaja yang dapat menyerap nutrisi yang kita ambil. Oleh itu kita perlu detoks atau buang toksin dahulu supaya usus dapat menyerap nutrisi dari makanan yang kita ambil dengan optimum. Saya suka detoks menggunakan HERBLAX dan juga ALFALFA SHAKLEE. Sangat best dan memang lawas!

3. Jaga pemakanan dan diet

Pemakanan yang seimbang sangat penting untuk kesihatan tubuh badan. Makanan yang seimbang perlu mengandungi nutrien seperti protein, karbohidrat, lemak, vitamin dan garam mineral pada kadar yang betul.
 

4. Pengambilan suplemen secara konsisten

Pada zaman ini makanan tidaklah sesegar seperti zaman dahulu. Makanan yang kita ambil tidak 100% suci dari bahan kimia yang berbahaya. Udara juga tercemar sana sini. Suami isteri sibuk bekerja dan ini menyebabkan pengambilan makanan yang berkhasiat kadang kala terganggu menyebabkan pengambilan suplemen atau makanan tambahan perlu untuk mendapatkan kualiti hidup yang sihat.









Dr Hamit Arshat juga mencadangkan kepada anda yang berusaha untuk mendapat zuriat mengambil suplemen seperti multivitamin, vitamin E, vitamin C dan asid folik.

Saya sangat mencadangkan pengambilan suplemen shaklee kerana ia selamat, semulajadi dan berkesan dengan izin Allah. Auravitamin.com mecadangkan Set Kesuburan Shaklee yang terdiri daripada zink, vitalea, bcomplex, vitamin E, Alfalfa dan Gla complex.

5. Mempunyai berat badan ideal

Berat badan hendaklah berada dalam lingkungan sihat. Tidak terlalu kurus dan tidak berlebihan berat badan. Sentiasa pantau BMI (body mass index) supaya berada pada tahap yang normal. Lemak berlebihan dalam badan akan mengurangkan peluang untuk hamil.




6. Ketahui waktu subur anda

 


Ini adalah cara yang paling penting. Belajar cara mengira waktu subur. Kenali diri anda. Setiap wanita mempunyai waktu subur yang berlainan. Jika betul masanya, sperma yang sihat akan bercantum dengan ovum yang berovulasi.

 


7. Elakkan tekanan

Walaupun ‘stress’ atau tekanan telah sebati dalam hidup anda, cuba untuk rehatkan diri. Apabila berada di rumah, tumpukan perhatian kepada keluarga. Apabila jiwa tenang, hati gembira bukankah lebih mudah untuk melakukan hubungan intim?

8.  Jauhi rokok

Kajian mengatakan merokok boleh menyumbang kepada masalah kesuburan. Jadi cubalah untuk berhenti merokok secara perlahan-lahan. Ada juga ahli kumpulan saya yang berjaya berhenti rokok setelah mengamalkan vivix shaklee.

9. Kurangkan kafein

Jika anda penggemar kafein, dinasihatkan untuk berhenti sekarang. Bertukarlah kepada minuman tanpa kafein. Pengambilan lebih daripada 3 cawan kafein sehari boleh menyumbang kepada masalah kesuburan.

10. Pastikan posisi seks yang betul

Jadikan hubungan intim adalah saat-saat yang ditunggu-tunggu dan menyeronokkan. Anda boleh menggunakan bilik lain untuk mengubah suasana sensual. Posisi seks yang betul juga memainkan peranan penting. Ia akan memudahkan sperma untuk berenang ke arah ovum. Oh ya, jangan lupa untuk berbaring sekurang-kurangnya lima minit selepas selesai hubungan intim. Tujuannya ialah untuk meningkatkan jumlah sperma yang berjaya berenang ke ovum.

11. Jumpa doktor pakar

Berjumpalah doktor yang pakar dalam bidang ini untuk mengetahui rekod perubatan suami dan isteri. Berbincanglah secara terbuka untuk merancang rawatan yang sepatutnya diambil.




 


Iika puan-puan berminat untuk mencuba set kesuburan, boleh hubungi akak untuk dapatkan harga diskaun tau! InsyaAllah saya akan berikan yang terbaik untuk pelanggan tersayang.

wassup: 0111-9791281

 





You Might Also Like

0 comments