NAK TIDUR LENA SEMASA HAMIL..IBU HAMIL BOLEH CUBA 11 TIPS INI...

Masalah tidur yang tidak lena atau nenyak pasti dialami oleh semua ibu Hamil kan. Lagi-lagi bila kandungan dah masuk trimester ke tiga...




Masalah tidur yang tidak lena atau nenyak pasti dialami oleh semua ibu Hamil kan. Lagi-lagi bila kandungan dah masuk trimester ke tiga. Waktu ini pasti tidur ibu lebih banyak terganguu dan kerap terjaga. Macam tu jugak pengalaman kak yong masa mengadungkan Zakirah Ain. Masa kita nak tidur lah dia punya aktif bergerak sampai tak boleh tidur ibu dibuatnya..hehehehehe

Kadang-kadang bila pusing ke kiri dia dok menendang-nendang di bahagian kiri, pusing ke kanan dia dok menendang di bahagian kanak..sampai tak tahu kan nak pusing belah mana lagi. Kalau baring telentang kata nya tidak bagus untuk pernafasan bayi dalam kandungan. 
Keadaan ini berlaku disebabkan bayi semakin membesar dan ruang di dalam perut semakin penuh. Ini memberikan ketidakselesaan kepada ibu hamil untuk tidur.

Walaupun keadaan ini memang biasa sepanjang tempoh kehamilan, namun demikian kualiti tidur yang baik dan mencukupi adalah sangat penting kepada ibu dan bayi dalam kandungan. Tahukah anda keadaan ibu yang tenang semasa tidur yang selasa mempunyai hubungkait dengan keselamatan bayi dalam kandungan. 

Macam mana nak dapat tidur yang lena dan selesa semasa hamil ni? ok kak yong kongsi beberapa tips yang boleh ibu-ibu hamil amalkan.



Pregnant woman resting at home

 

TIPS TIDUR LENA SEMASA HAMIL

#1 - Tempat tidur yang selesa

Untuk tidur yang lena, pastikan keadaan tempat tidur adalah bersih dan kemas sebelum tidur. Tidak mungkin kita selesa tidur di katil yang kotor atau bersepah dengan longgokan baju yang belum berlipat. Letak jauh alat-alat elektronik seperti telefon bimbit, radio agar tidar menggangu anda semasa tidur. Gunakan lampu tidur yang mempunyai cahaya romantik agar tidur anda lebih lena.

#2 - Kurangkan Minum Air

Pengambilan air yang mencukupi adalah sangat bagus untuk ibu hamil. Namun begitu ibu hamil hendaklah mengurangkan minum air pada waktu malam sebelum tidur. Ini kerana bagi mengelakkan ibu hamil kerap bangun malam untuk ke bilik air membuang air kecil. Minum air lebih banyak pada waktu siang dan kurangkan pada waktu malam sekurang-kurangnya 2 jam sebelum tidur.

#3 - Mandi atau Berendam di dalam air suam sebelum tidur

Seperti yang kita tahu semasa hamil ni, ibu hamil akan mengalami "kepanasan" yang luar biasa dan mudah berpeluh. Kadang kala dalam bilik yang berhawa dingin pun boleh berpeluh. Keadaan ini menyebabkan ibu hamil merasa tidak selesa dan sukar untuk tidur. Jika ibu hamil merasa sungguh tidak selesa dan tidak boleh tidur, boleh cuba cara ini iaitu berendam dalam tab mandian dengan air panas, jika tidak ada tab boleh mandi menggunakan air pancut menggunakan air panas. Mandi air panas dapat membuka liang roma sekaligus mengurangkan sengal dan sakit di bahagian kaki dan badan. Ia pasti membolehkan ibu hamil tidur dengan lena.

#4 - Tidur Dengan Posisi Mengiring

Tidur dalam posisi mengiring adalah sangat baik untuk ibu-ibu hamil. Ibu hamil digalakkan mengiring ke sebelah kiri kerana darah akan mengalir ke fetus, uterus dan ginjal anda. Elakkan posisi tidur terlentang kerana ia akan menyebabkan tekanan kepada usus dan vena besar dan menggangu pengaliran darah kembali ke jantung anda. 

#5 - Tidur Pada Waktu Siang

Sekiranya tidak dapat tidur lena pada waktu malam, ibu hamil boleh mengambil masa tidur pada waktu siang bagi mengembalikan tenaga dan kelesuan akibat tidak cukup tidur. Ini kerana tidur yang cukup adalah sangat bagus untuk ibu hamil. Bagi ibu yang berkerja boleh melelapkan mata sebentar semasa waktu rehat. 

#6- Lebihkan Bantal Untuk Sokongan

Bantal juga memainkan peranan penting dalam membantu tidur yang selesa dan lena. Ibu hamil boleh meletakkan bantal di bawah perut ketika baring mengiring dan kepitkan bantal di celah peha untuk menyokong tulang belakang anda. Untuk lebih selesa anda boleh menggunakan batal yang di reka khas untuk ibu-ibu hamil bagi membantu tidur mereka lebih lena.

#7-  Berurut Sebelum Tidur

Setelah seharian bekerja dan menguruskan kerja rumah, pasti badan akan terasa letih dan penat. Badan yang terlalu letih boleh menggangu tidur ibu hamil kan. Ibu hamil boleh meminta pasangan anda untuk mengurut di bahagian-bahagian yang sakit seperti bahu, pinggang, kaki dan badan. Lakukan urutan ini 10-15 minit sebelum tidur agar pengaliran darah dapat mengalir dengan baik ke seluruh badan. Tahukan anda urutan ini bukan sahaja dapat mengurangkan kesakitan dan kepenatan ibu hamil tetapi dapat mengeratkan kasih sayang suami isteri serta mempengaruhi emosi ibu hamil.

#8- Elakkan Makanan Pedas dan Berasid

Pengambilan makanan pedas dan berasid boleh menyebabkan pedih ulu hati dan ketidakhadaman. Oleh itu kurangkan pengambilan makanan pedas dan berasid. Ibu hamil juga digalakkan tidak mengambil makanan dalam kuantiti yang banyak dalam satu-satu masa, seeloknya makan sedikit-sedikit tetapi kerap.  

#9- Minum susu panas atau coklat panas sebelum tidur

Kebiasaanya semasa hamil ibu hamil akan mengalami gejala kurang selera makan kan. Walaupun keadaan ini sesuatu yang normal tetapi ibu hamil tidak boleh membiarkan perut kosong sehingga waktu tidur. Jika anda tidak selera makan, minum lah susu atau coklat panas sebelum tidur agar perut tidak kosong dan anda selesa untuk tidur. Ini kerana perut yang kosong akan menggangu tidur anda dengan lebih lena.

#10- Melakukan senaman Ringan Untuk Ibu Hamil

Ibu hamil boleh melakukan senaman pernafasan sebelum tidur. Senaman ini dapat membantu ibu hamil lebih relex dan melegakan tekanan. Ibu hamil juga boleh melakukan senaman-senaman ringan yang bersesuaian dengan anda bagi menguatkan otot, membina ketahanan dan membantu anda tidur lena pada waktu malam. 

#11- Dengar Alunan Muzik atau zikir 

Mendengar alunan muzik dapat mengurangkan tekanan dan boleh mententeramkan minda. Dengar lah alunan muzik yang lembut dan bersesuai dengan citarasa anda. Ibu hamil juga boleh mendengar zikir-zikir atau bacaan surah al-quran sebelum tidur yang sangat bagus untuk bayi dalam kandungan.

#12- Ambil Vitamin Tambahan

Untuk mendapatkan tidur yang lena dan selesa. Ibu hamil juga boleh mengambil Vitamin atau supplement tambah yang boleh memberikan tenaga, megurangkan kesakitan badan, lenguh-lenguh badan semasa hamil. Masa kak yong hamil dulu amalkan Ostematrix Shaklee, alhamdulilah boleh tidur lena, tiada kremp kaki, lenguh-lenguh dan sakit pinggang.

                                                   



 




                        



Puan Azimah Khamis, Whtsap 0111-9791281
kak_yong_jual_vitamin_shaklee

You Might Also Like

0 comments