Jenis-jenis Kanser Yang Sering Menyerang Wanita

Assalamualikum dan salam sejahtera semua...     Ok hari ni Kak Yong nak kongsi dengan anda semua jenis-jenis kanser yang serin...

Assalamualikum dan salam sejahtera semua...


 
Women with breast cancer awareness ribbon 


Ok hari ni Kak Yong nak kongsi dengan anda semua jenis-jenis kanser yang sering menyerang wanita  Antara kanser-kanser utama adalah seperti berikut :

1) Kanser Payudara
2) Kanser Ovari
3) Kanser Rahim
4) Kanser Serviks
5) Kanser Faraj atau Vulva\
6) Kanser Paru-paru
7) Kanser Usus dan Rektum
8) Kanser kulit

Kanser Payudara

 

Kanser ini adalah antara penyebab kematian utama di kalangan wanita. Faktor peningkatan antaranya disebabkan oleh faktor umur, keturunan, genetik. 
Selain itu, pendedahan kepada radikal bebas, penggunaan Hormon gantian tanpa pengawasan doktor juga menjadi salah satu punca utama. 

Kanser payu dara jika dapat dikesan dan dirawat awal boleh mengurangkan risiko kematian. Tanda-tanda awal boleh dilihat ialah berlakunya pembengkakan, benjolan, kekerasan pada payudara. Lakukan pemeriksaan jika tanda-tanda semakin berterusan.


Kanser Ovari

 

 

Risiko untuk mendapat Kanser Ovari adalah kecil tetapi keberangkalian meningkat mengikut peningkatan usia terutama selepas usia 60 tahun. Faktor risiko kanser ini termasuklah kemandulan, makanan tinggi lemak, sejarah kanser usus dan payudara. 

Kanser Ovari ini biasa dapat dikesan lambat dan biasa sudah tahap ke 3 atau 4 baru dapat dikesan. Oleh itu, anda dinasihatkan untuk membuat pemeriksaan lanjut seperti Ultrasound.  Jika anda kerap mengalami kesakitan di bahagian pinggul, kembung perut, sendawa, bergas, kesukaran pencernaan, pendarahan abormal melalui faraj serta pembengkakan abdomen segera lah berjumpa doktor.

Kanser Rahim/Kanser Serviks

 

Kanser rahim biasa meningkat selepas umur 55 tahun. Mereka yang menggunakan pil perancang keluarga mempunyai risiko yang rendah dijangkiti kanser ini. 

Antara Faktor meningkatnya kanser ini adalah seperti penggunaan Hormon gantian estrogen, tidak pernah melahirkan anak, putus haid selepas umur 52 tahun, lebih berat badan, darah tinggi, kencing manis, tiroid dan lain-lain.

Ujian saringan PAP dapat mengesan keabnormalan yang berlaku pada pangkal rahim diperingkat lebih awal. Ujian lanjutan seperti kolposkopi mungkin dijalankan untuk mendapatkan kepastian. Contohnya tisu pangkal rahim di ambil untuk kepastian ianya kanser rahim. 

Pada peringkat awal kanser ini tidak menunjukkan sebarang tanda tetapi jika mengalami tanda seperti berikut segera berjumpa doktor :
  • Pendarahan selepas monopaus
  • Discaj atau lelehan abnormal melalui faraj
  • Pendarahan selepas hubungan kelamin
  • Pendarahan abnormal melalui faraj

Kanser Faraj atau Vulva

Kanser Faraj berlaku pada mereka yang berusia 60 tahun ke atas.
Antara tanda-tanda adalah :
  • Kudis, pembengkakan yang tidak hilang-hilang
  • Kegatalan yang melampau
  • Pendarahan abnormal
  • Berbau 


Kanser Paru-paru

 

 

Kanser paru-paru juga boleh terjadi kepada kaum wanita walaupun majoriti pesakit kanser ini sering dihadapi oleh lelaki. Punca utama kanser ini adalah daripada aktiviti merokok. 

Wanita yang merokok mempunyai 12 kali ganda lebih tinggi untuk mendapat kanser paru-paru jika dibandingkan dengan mereka yang tidak merokok. Namun begitu, walaupun anda tidak merokok dan menyedut asap rokok secara pasif anda mempunyai risiko yang tinggi juga dijangkiti kanser paru-paru.

Antara tanda-tanda adalah :
  • Mengalami batuk yang tidak sembuh-sembuh
  • kahak bercampur darah
  • Sakit dada
  • Nafas berbunyi
  • Suara serak
  • Kurang selera makan
  • Demam berulang-ulang

 

Kanser Usus dan Rektum

 

 

Kanser usu merupakan kanser yang sering di temui. Kanser kolon dan rektum selalunya bermula didalam lapisan mukosa usus tersebut.

 Faktor Risiko 
  • Makanan tinggi dalam kandungan lemak dan rendah kandungan serat boleh menyebabkan penyakit kanser kolon. 
  • Merokok juga tidak digalakan
  •   Alkohol berlebihan meningkatkan risiko jangkitan kanser kolon dan rektum. (Annals of Internal Medicine, 2005).  
  • Sindrom keturunan seperti penyakit keturunan poliposis usus besar, juga dikaitkan sebagai satu dari penyebab penyakit ini.

Tanda-tanda kanser usus ialah :
  • Pendarahan dari rektum
  • Darah dalam najis
  • Najis berwarna hitam
  • Perut kembung
  • Sering kentut dan sendawa
  • Selera makan berkurangan

Kanser Kulit

 

 

Walaupun kita sebagai orang Asia kulit kita lebih berpigmen, namun berkemungkinan juga terkena kanser kulit. Jenis-jenis kanser kulit termasuklah jenis sel basal (kulit nampak seperti licin, pucat warnanya dan mungkin timbul tompok bersisik)

Tanda-tanda kanser kulit adalah :
  • Perubahan pada tahi lalat
  • Kulit bersisik
  • Kulit berdarah dan seakan melecur
  • Perubahan pada warna kulit
  • Kehadiran tompok-tompok pada kulit
  • Kegatalan pada kulit dan kesakitan

Secara kesimpulannya, tanda-tanda awal atau gejala kanser adalah lebih kurang antara satu sama lain. Namun apa yang penting ialah jika anda merasa perubahan yang agak berbeza pada tubuh anda dan anda tidak tahu apakah punca ia berlaku, kak yong nasihatkan anda perlu berjumpa doktor untuk kepastian dan pemeriksaan lanjut. 

Ini kerana kanser biasanya tidak dapat di kesan pada peringkat awal. Kebanyakan nya bila sudah sampai tahap ke 3 atau 4 baru lah ia dapat dikesan. Sentiasa lakukan pemeriksaan kesihatan anda.





You Might Also Like

0 comments