Tips Kanak-kanak
7 CARA ATASI ANAK YANG SUKA MENGAMUK...
10/16/2016
Assalamualikum dan dalam sejahtera
Kanak-kanak memang tidak akan lari dari sikap suka mengamuk, menangis dan memberontak. Mengatasi anak mengamuk bukan suatu perkara yang mudah. Pendek kata, kalau daripada 10 ibubapa, dijamin 9 daripadanya mengalami pengalaman ini.
Kadangkala kita sendiri pun tidak tahu mengapa anak-anak tiba-tiba mengamuk dan menangis. Kadang-kadang puas kita pujuk tetapi mereka tetap mengamuk dan menangis. Dalam keadaan ini Ibu Bapa haruslah bijak mengedalikan permasalahan ini dan cara kita mengatasi masalah ini mempunyai hubungkait kepada pembentukan mereka. Jika kita memujuk mereka dengan cara yang betol, nescaya pembentukan sikap mereka akan baik dan jika kita memarahi dan menengking mereka bimbang akan memberi kesan negatif kepada tumbesaran mereka.
Sebenarnya mangamuk juga adalah salah satu cara anak-anak cuba untuk mengekspersikan perasaan serta berkomunikasi dengan kita. Keadaan ni memang bukan lah suatu cara yang betul tetapi kita perlu ingat bahawa anak kita baru hendak belajar mengenal dunia, maka jika mereka bertindak sedemikian kita harus memberi teguran nasihat dengan cara yang betul dan jangan kita juga turut memarahi mereka.
Terdapat beberapa cara yang boleh dilakukan oleh ibu bapa bagai mengatasi anak yang suka mengamuk. Antaranya ialah
1) Bertenang
Sekiranya anak anda mula mengamuk, ibu bapa atau orang berada berdekatan dengannya perlu menunjukkan sikap bertenang. Cuba kawal emosi agar tidak terikut- ikut dengan emosi yang sama.
Jangan mudah melenting dan marah. Anak yang sedang mengamuk ni kalau kita marah, menjerit pada dia, dia akan lagi menangis dan terus mengamuk. Cuba buat muka tenang, semyum dan relex...Pasti anak yang mengamuk akan lebih mudah berhenti mengamuk bila melihat ibu bapanya lebih tenang.
2) Cuba Memujuk Anak
Bila anak sedang mengamuk, ibu bapa jangan biarkan mereka terus mengamuk sendiri, jangan tinggalkan mereka. Pegang dan peluk mereka dengan erat dan mesra. Pujuk mereka secara lemah lembut dan penuh kasih sayang. Keadaan ini menunjukkan anda sedia untuk berkerjasama membantu menyelesaikan permasalah mereka dan mendengar masalah yang mereka hadapi.
Tanya secara lembut kenapa si dia marah dan mengamuk. Anak suka bila ada orang memberi perhatian kepada mereka. Jika dia mengamuk, itu tanda nya dia memerlukan perhatian.
3) Cuba Alihkan Perhatian/Fokus Anak
Keadaan ni biasa berlaku kalau kita bawak anak pergi hypermarket untuk berbelanja seperti Giant, Tesco. Anak pula sudah menunjukkan tanda-tanda mahu kah sesuatu..
Kadang-kala kita sebagai ibu bapa ni bukan tak mahu belikan tetapi mengikut kesesuaian mereka, jika barang yang mereka nak itu tidak berfaedah dan membazir maka kemahuan mereka kita tidak boleh turuti.
Anak akan mengamuk bila kemahuan mereka tidak dituruti, mereka mula lah menjerit, menangis dan memberontak. Ada yang sanggup baring di lantai semata-mata mahukan barang yang mereka kehendaki...Dalam hal ini ibu bapa perlu mengalihkan perhatian mereka dan cepat-cepat bawa mereka tempat lain.
4) Berikan Ganjaran
Bila anak mengamuk cuba pujuk dengan cara menawarkan ganjaran kepada mereka. Ibu bapa boleh memberikan mereka pilihan sama ada mahu terus mengamuk atau jika mereka diam anda akan memberikan mereka sesuatu yang menarik. Contonya membawa mereka bersiar-siar, membawa mereka makan atau sebagainya.
Kanak-kanak ini jika mereka betul-betul inginkan sesuatu yang mereka idamkan, dia akan mendengar kata dan arahan.
5) Nasihat
Anak yang mengamuk biasanya sementara sahaja, tetapi ibu bapa perlu kawal kemarahan mereka. Bila mereka sudah penat mengamuk dan menangis, mereka akan diam dengan sendiri nya dan kadang-kadang tertidur. Semasa mereka tidur belai lah mereka dan berikan kata-kata nasihat. Nasihat yang diberikan semasa anak sedang tidur adalah sangat berkesan dan sampai kepada mereka. Jika mereka tidak tidur, belai dan peluk mereka...berikan nasihat agar tidak mengulang perbuatan itu dan tunjukkan kita amat menyayangi mereka.
6) Biarkan Sahaja Mereka Mengamuk
Ibu bapa juga perlu biarkan seketika jika anak mengamuk, biarkan sahaja apa yang mereka ingin lakukan tetapi pastikan perbuatan mereka tidak membahayakan mereka. Anak yang mengamuk ni jika sudah penat mereka akan dia dengan sendirinya...
7) Bersikap Tegas
Sesekali ibu bapa perlu bertegas dengan anak, tegas bukan bermaksud ibu bapa perlu garang, marah-marah anak tetapi tegas memberitahu dan menegur kesilapan mereka.
Secara kesimpulannya, tabiat mengamuk memang tidak dapat dielakkan daripada kanak-kanak. Itulah salah satu cara mereka mahu menyampaikan apa yang mereka fikirkan dan kehendaki. Sebagai ibu bapa kita perlu mempunyai teknik dan cara yang sesuai untuk
mengatasi anak yang suka mengamuk ni. Setiap ibu bapa mampunyai cara-cara yang berbeza dalam mendidik anak-anak mereka. Hargai lah mereka dan sayangi leh mereke..
0 comments