Kentut Vagina..Wanita Perlu Tahu Agar Tidak Menjejaskan Keharmonian Rumah Tangga

Kentut Vagina, Pernah dengar tak kentut vagina? Kak Yong dengar namanya jer dah rasa ngerikan. Kalau alaminya tak tahu lah macam mana kan.  ...

Kentut Vagina, Pernah dengar tak kentut vagina? Kak Yong dengar namanya jer dah rasa ngerikan. Kalau alaminya tak tahu lah macam mana kan. 

Kak yong nak ingatkan pada semua wanita tau, terutama wanita yang baru bersalin adalah perlu sangat mengambil berat tentang ini. Kentut Vagina ni jika dibiarkan ia boleh jadi sesuatu yang mengganggu keharmonian rumahtangga tau.Biar betul?


Sad couple having an argument

 

Bagaimana Kentut Vagina Terjadi?

Kentut vagina terjadi bila angin memasuki ruang vagina yang sepatutnya tidak berlaku jika rahim anda tidak longgar. Maknanya kentut vagina boleh berlaku disebabkan rahim anda yang longgar.

Kebiasaan boleh berlaku pada wanita yang pernah melahirkan anak. Ambil berat ye wahai wanita kerana perkara ini mungkin juga boleh mengganggu keharmonian rumahtangga (walaupun sepatutnya tidak patut berlaku) tapi kalau boleh kita elak, lebih baik elak sebelum berlaku perkara yang tak diingini.
Ada banyak kes yang berlaku isteri ditinggalkan oleh suami hanya kerana masalah seksual. Puan B telah menceritakan kepada rakannya tentang kisah beliau yang dahulunya menderita diabaikan oleh suami yang telah pun meninggalkannya tanpa nafkah setelah beliau menghadapi masalah rahim longgar akibat masalah kesihatan.


Female reproductive system 


  

Apa Punca Berlakunya Kentut Vagina?

Dari segi saintifik vagina adalah satu tiub berotot dan berdinding membran sepanjang 7-9 cm yang menghubungkan pangkal rahim ke bukaan faraj. Biasanya angin akan masuk melalui kelopak besar labia (labia majora) jika rahim anda dikatakan longgar. Dalam keadaan biasa angin tidak boleh masuk melalui sini.

Kentut vagina boleh berlaku bila otot-otot kemut sudah hilang keanjalan lagi, masalah peranakan jatuh ataupun disebabkan oleh proses melahirkan yang berulang kali. Biasa dengar kan bila kita dalam tempoh berpantang, mak kita dulu suruh “sengkak” kan. Iaitu untuk angkat peranakan yang dilakukan oleh bidan.

Bila kita faham yang vagina adalah satu tiub berotot, jadi secara lojiknya jika ia sudah mula kendur, banyak masalah yang akan berlaku seperti vagina yang boleh dimasuki angin yang akan menghasilkan keadaan seperti kentut. Masalah lain bagi rahim longgar adalah kencing tidak lawas. Sebab itulah sebagai wanita kita digalakkan berdehem semasa membuang air kecil untuk membolehkan saki baki air kencing dapat keluar dengan sepenuhnya.


Cara Nak Kesan Kita Mengalami Kentut Vagina atau tidak

Anda boleh rasa keadaan ini terutama apabila kita dalam posisi sujud. Selepas melahirkan lazimnya faraj akan mengembang dan jadi lebih teruk selepas menopos. Apabila dalam posisi sujud, anda boleh merasakan ada keluar angin dari faraj anda dan ia bukanlah kentut biasa, kentut faraj tidak berbau. Jika ianya berbau anda kena rujuk pakar ditakuti ada masalah lain. Kentut Vagina juga boleh dikesan semasa melakukan hubungan suami isteri, kadang-kadang selepas bersama akan berlakunya kentut Vagina.

Cara Mengatasi Kentut Vagina

Ok cara nak atasi Kentut Vagina ni, anda boleh membuat senaman kemutan ataupun dipanggil senaman “kagel” untuk menguatkan lantai pelvik. Nak buatnya senang sahaja iaitu dengan kemut otot pelvik anda selama 5 saat dan rehat 5 saat. Ulang sehingga lima kali setiap sesi dan seeloknya boleh dilakukan bila-bila masa. Sambil duduk tengok tv pun boleh buat. Sambil buat kerja di pejabat pun boleh buat senaman ni, tak susah pun dan tak ambil masa yang lama.

Bagaimana nak tahu kemutan yang betul? Ia adalah seperti anda menahan kencing. Buat berulangkali senaman ini akan memberi kesan yang baik kepada otot lantai pelvik.

Selain dari kentut vagina masalah wanita yang lain juga adalah keputihan. Untuk info lanjut boleh baca Cara Atasi KEPUTIHAN 

Nak tips Keharmonia Rumah Tangga boleh baca sini Tips Keharmonian Rumah Tangga

You Might Also Like

0 comments