Penghidap PCOS juga mampu Hamil...
10/19/2016Assalamualikum dan salam sejahtera semua...
Hari ni entri Kak Yong bekisar tentang suatu penyakit yang sering menghantui ramai wanita iaitu PCOS. Pernah dengar tak penyakit PCOS ni...Ok PCOS (Sindrom Ovari Berpolistik) merupakan salah satu masalah wanita. Ia turut dikenali sebagai Stein-Levebthal Syndrome
Setiap wanita dilahirkan dengan sepasang Ovari yang berfungsi sebagai organ pembiakan utama. Fungsi adalah mengeluarkan sel telur (ovum) pada pertengahan bulan kitaran( waktu subur). Pada masa yang sama ia turut berfungsi menghasilkan hormon-hormon tertentu seperti Estrogen dan progesteron.
Apakah Itu PCOS?
Fakta Tentang PCOS
- PCOS adalah satu keadaan penyakit system reproduksi dimana berlaku ketidakseimbangan hormon dalam badan yang memberi kesan terhadap kitaran haid dan Ovulasi
- Dikatakan 6-10 wanita mengalami PCOS
- Kajian menunjukkan 90% wanita yang mengalami haid tidak teratur mengalami PCOS dan 30% yang tidak mengalami haid langsung didapati menghidap PCOS
- PCOS biasa terjadi dikalangan wanita berumue 20-30 tahun
Tanda-tanda PCOS
- Berat badan berlebihan
- kitaran haid yang tidak menentu (terlalu sikit atau langsung tiada
- mudah tumbuh jerawat
- Bulu roma yang banyak di muka, tubuh, payudara dan kaki
- mood yang tidak menentu
- masalah kesuburan yang menyebabkan keguguran berulang
- menghidap diabetes
Bagaimana nak tahu kita penghidap PCOS atau tidak?
PCOS boleh dipastikan dengan ujian darah. Dalam ujian ini, pihak makmal akan mengukur tahap hormon FSH dan LH pada hari ke-2 haid. Kebiasannya hormon GSH selalunya lebih tinggi dari LH. Jika LH melebihi FSH sebanyak 2 kali ganda, maka anda akan disahkan oleh doktor mengalami PCOS.Apa Yang Perlu Dilakukan Jika Disahkan Penghidap PCOS
Bagi mereka yang mengalami PCOS,kebiasannya doktor akan mencadangkan anda untuk melakukan diet tidak berkanji bagi menurunkan berat badan dan diharap dapat meningkatkan tahap kesuburan. Pesakit juga perlu banyak membaca dan mencari maklumat mengenai diet dan senaman untuk pesakit PCOSPesakit PCOS tidak boleh makan karbohidrat seperti gula, minuman bergula, kuih-muih, mee, kuay teow, lemang dan lain-lain. Apatah lagi makanan ringan seperti coklat, aiskrim, kek dan sebagainya.
0 comments