Derita Migrain, Kenali Punca dan Cara Merawat Migrain Agar Tidak Berlarutan

  Assalamualikum dan salam sejahtera semua... Apa Itu Migrain? Anda pernah diserang Migrain ataupun diserang sakit kepala yang biasa...


 


Assalamualikum dan salam sejahtera semua...

Apa Itu Migrain?

Anda pernah diserang Migrain ataupun diserang sakit kepala yang biasa-biasa sahaja? Alhamdulilah saya tidak pernah diserang migrain cuma hanya diserang sakit kepala yang biasa sahaja. Biasa saya diserang sakit kepada disebabkan cuaca yang telalu panas ataupun terlalu sejuk. Selain itu saya juga sering diserang sakit kepala disebabkan angin di dalam badan, jika badan terasa banyak angin mula lah sakit kepala menyerang.

Namun demikian, sekiranya anda sering diserang sakit kepala yang agak kronik sehingga menyebabkan mual, muntah serta menjadi sensitif terhadap cahaya terang, bunyi bising anda mungkin diserang MIGRAIN. Migrain dikatakan hanya menyerang di sesetengah bahagian kepala atau lebih mudah sakit disebelah kepala sahaja. Pengalaman kawan-kawan yang ada Migrain, apabila migrain menyerang memang sangat-sangat sakit dan boleh menggangu aktiviti harian kerana kesakitan migrain ini boleh menyebabkan pesakit terbaring sahaja.







Migrain merupakan sakit kepala yang berulang dan biasa menyerang tidak mengenal waktu. Berdasarkan kajian terdapat beberapa fakta mengenai migrain iaitu :
  • Wanita lebih mudah diserang migrain
  • biasa menyerang 1 hingga 4 kali dalam sebulan
  • serangan migrain biasa menyerang antara 2 hingga 72 jam 

 

PUNCA-PUNCA MIGRAIN

  1. Tekanan Fizikal dan Emosi
  2. Waktu tidur tidak menentu
  3. Silau pada cahaya terang
  4. Alahan pada bau-bauan seperti minyak wangi
  5. Merokok atau terdedah kepada asap rokok
  6. Menahan lapar
  7. Kesakitan yang melampau
  8. Cuaca yang terlalu panas
  9. Kekurangan zat dan nutrisi
  10. Faktor keturunan
  11. Wanita yang haid atau pra-haid
  12. Minum Kafien yang telalu banyak

RAWATAN-RAWATAN MIGRAIN

Migrain boleh dirawat dengan menggunakan ubat-ubatan iaitu ubat tahan sakit (pain killer) yang perlu diambil bila sakit kepala menyerang dan ubat-ubatan ini perlu diambil secara berterusan.

Namun demikian pengambilan ubat tahan sakit yang terlalu kerap boleh menyebabkan berlakunya kerosakan terhadap buah pinggang.

RAWATAN-RAWATAN ALTERNATIF UNTUK MIGRAIN

#1- AKUPUNTUR
Rawatan ini menggunakan jarum nipis yang dicucuk di bahagian-bahagian tertentu tubuh. Biasanya dilakukan oleh pakar-pakar dari pusat akupuntur yang berdaftar.

#2- MERENDAM TANGAN DI DALAM AIS
Caranya rendam kedua-dua belah tangan di dalam air sejuk mengikut ketahanan anda. Lagi lama berendam lagi bagus. Merendam tangan di dalam air sejuk dikatakan membantu melegakan kesakitan akibat migrain dengan cepat.

#3- BERURUT
Yang ni memang kak yong suka tau, kalau sakit kepala memang kak yong berurut memang sangat lega dan ringan terasa badan. Biasa sakit kepala ni kak yong akan urut di bahagian leher dan kepala.

#4- BEREHAT/TIDUR DI DALAM BILIK YANG GELAP
Jika migrain menyerang cuba anda diduduk di dalam bilik yang gelap tanpa cahaya. Ini kerana cahaya yang terang boleh menambah sakit migrain. Baring dan tidur bagi melegakan migrain.

#5- MENGAMBIL SEDIKIT KAFEIN
Pengambilan kafein yang terlalu banyak menjadi penyebab migrain. Tetapi jika anda diserang migrain cuba ambil kopi panas dalam kuantiti yang sedikit sahaja sudah mencukupi. Bau kopi dikatakan boleh menenangkan minda dan mengurangkan migrain.

#6- BERBEKAM
Berbekam sangat bagus untuk kesihatan. Berbekam bukan sahaja merawat migrain tetapi merawat pelbagai penyakit. Berbekam boleh mengeluarkan darah-darah kotor di dalam badan dan melancarkan peredaran darah di dalam tubuh badan kita.

#7- MINUM AIR PERAHAN LIMAU
Kalau kak yong tengah sakit kepala, kak yong memang sangat suka minum air perahan limau. Buat masam-masam tanpa gula, memang rasa sedap dan dapat mengurangkan sakit kepala.


Selain rawatan-rawatan di atas yang boleh anda lakukan jika diserang migrain. Anda juga boleh mengamalkan pengambilan Supplement/ Vitamin tambahan bagi mengurangkan Migrain. Pengambilan Supplement adalah tidak berbahaya kerana supplement tidak mengadungi bahan-bahan kimia dan terlarang. Seperti yang kita ketahui pengambilan Ubat tahan sakit yang terlalu kerap akan memberi kesan kepada Buah Pinggang. Justeru itu sesiapa yang ada masalah migrain dan kerap sangat mengambil ubat tahan sakit atau Paracetamol elok lah beralih kepada pengambilan supplement yang lebih selamat. Supplement yang kak yong nak share dengan anda semua ialah SET MIGRAIN SHAKLEE.
 

SET MIGRAIN SHAKLEE

 

SET MIGRAIN SHAKLEE

 

OSTEMATRIX SHAKLEE (Kalsium, Magnesium & Vitamin D 

  • Menurut pakar perubatan migrain ini berpunca dari salur darah di dalam kepala yang mengembang kemudian mengucup secara mengejut. 
  • Ostematrix mengandungi magnesium yang sangat penting dalam membantu mengelak pembuluh darah menjadi kejang. Kalsium bukan saja membina tulang dan gigi tetapi ia membantu menetapkan ritma jantung, menyelesaikan masalah insomnia serta membantu dalam pembekuan darah.
  • Kalsium juga amat diperlukan dalam mempertahankan fungsi otat dan saraf serta buah pinggang
  • Kajian juga membuktikan pengambilan kalsium dapat mengurangkan sakit kepala atau migrain dan mengurangkan kekerapan migrain menyerang
  • Salah satu punca migrain adalah masalah kurang tidur, pengambilan ostematrix mampu memberikan tidur anda lebih lena dan badan pun lebih bertenaga
  • Dalam kalsium diperkaya dengan Vitamin D yang bertindak sebagai penyerap kalsium. Kalsium yang tiada Vitamin D tidak boleh diserap oleh tubuh dan boleh menyebabkan terjadinya batu dalam ginjal atau pundi kencing.

 

BCOMPLEX SHAKLEE

  • Antara punca migrain ialah tekanan fizikal atau emosi serta hormon yang tidak seimbang. Pengambilan Vitamin B-Complex dapat menstabilakan hormon di dalam badan  dan ia juga dapat mengurangkan tekanan serta melahirkan mood gembira dan stabil
  • Jika hormon stabil, tekanan dapat dielakkan serta dikurangkan dan dalam masa yang sama migrain juga dapat dikurangkan.
  • Vitamin B2 dan B6 yang ada di dalam B-Complex sudah terbukti dapat mengurangkan masalah sakit kepala, mengelak daripada migrain menyerang terlalu kerap.
  • Vitamin B-Complex bukan sahaja dapat mengurangkan migrain tetapi juga dapat mencegah penyakit-penyakit lain seperti depresi, strok, darah tinggi dan sebagainya.
  • B-Complex juga dikenali sebagai vitamin anti stress, jadi bila kita rasa tertekan, terlalu penat elok lah ambil B-complex Shaklee
  • B-complex shaklee juga dapat memberi tenaga kepada badan dan mengurangkan kelesuan dan kepenatan


 TESTIMONI SET MIGRAIN


Testimoni 1

 

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgdCoSgHrahqdO1-K9-ZcJYBLmhjGPopm75vjbvTeEc4MTOI0PS5cFAqRHU7Z-W52RQLp-6toJQYi3C_meeLKppBTkZKAC6RMnJbNfHWz3mvgpeuKgneUs50LQZaoez8gC0ho0V3BKALG0h/s1600/testimoni+migrain+1.JPG 

 

 

Testomini 2

 

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjDf3EUCYAmhkHCCAJc3nC6kxf6oTJ0esHTqYVkx0DpppuJltwehIJI3PuqVpsK0lJL7rkBoHdxTq4W1fGqsJnt8zy-JJ1blqSGMW08lPmrkgj-F4RIHGLCRflCE7-4pSYoEnwNG2B-Hhnq/s1600/testimoni+migrain+2.JPG


 

 

 

Sebagai manusia biasa kita memang tak lari dari berhadapan dengan stress, penat, letih sehingga menyebabkan kita kurang tidur dan sakit kepala. Kak yong juga selalu diserang sakit kepala tetapi selepas kak yong amalkan set ni walaupun kak yong sebenarnya tiada migrain, alhamdulilah sakit kepala dan tidak kerap dan yang penting badan terasa lebih bertenaga, sihat dan tidak mudah letih.

Ok sesiapa yang kerap sakit kepala dan ada migrain, kerap sangat bergantung pada ubat tahan sakit tu, beralih lah kepada supplement yang lebih selamat dan terjamin.


Pertanyaan dan order boleh whtsap 0111-9791281 (Kak Yong Pengedar Shaklee Batu Pahat)


You Might Also Like

1 comments