Cara Melakukan Pemeriksaan Sendiri Untuk Mengesan Kanser Payu Dara..Wanita Wajib Tahu..

Assalamualaikum dan salam sejahtera Saban hari dan tahun kita sering dikejutkan dengan kematian yang disebabkan oleh Kanser Payu Dar...


Assalamualaikum dan salam sejahtera

Saban hari dan tahun kita sering dikejutkan dengan kematian yang disebabkan oleh Kanser Payu Dara dan jumlah nya semakin meningkat. Pada tahun 2014 saya juga telah kehilangan seorang makcik yang meninggal dunia akibat Kanser Payu Dara.

Kanser payu dara menyumbangkan peratusan yang tinggi bagi pesakit kanser di kalangan wanita. Kanser payu dara berada di tangga ke lima bagi kadar kematian akibat kanser dan merupakan penyumbang utama kematian akibat kanser di kalangan WANITA..

Ketulan pada payu dara memang kerap berlaku. Setiap wanita yang mempunyai ketulan dalam payudaranya tidak sepatutnya membiarkan sahaja atau mengambil sikap tidak kisah. Ia perlu lah segera berjumpa doktor untuk melakukan pemeriksaan. Langkah ini penting kerana ketulan itu mungkin kanser dan kita boleh membuat pencegahan awal jika membuat pemeriksaan kesihatan lebih awal.




Tanda- tanda Kanser Payu Dara


Salah satu tanda adalah pembentukan gumpalan di payu dara, sakit payu dara @ sakit pada gumpalan merupakan satu lagi anda kanser payu dara pada peringkat awal.

Kemudian tanda-tanda radang seperti sakit,panas,kemerahan atau bengkak juga merupakan tanda penyakit kanser payu dara.

Tanda-tanda lain mungkin terjadi gumpalan di payu dara @ ketiak. Rupa payu dara juga akan bertukar melalui penebalan atau pertambahan saiz dan bentuk. Kulit payu dara mungkin kelihatan seperti lekuk atau membentuk rabung. Puting mungkin terpusing ke dalam,menjadi merah atau mempunyai lelehan abnormal.


Punca Kanser Payu Dara

Setakat ini tiada kajian terperinci ke atas punca kanser payu dara. Namun punca ini sering dikaitkan dengan keturunan,umur,genetik,pil perancang, gaya hidup kurang aktif dan ada juga mengatakan tidak menyusukan anak yang menyebabkan susu tersumbat dan menjadi ketulan.

Menurut Dr Joseph Mencola, antara punca utama adalah kekurangan nutrien dan terdedah kepada radikal bebas.

Siapa Yang Berisiko Mendapat Kanser Payu Dara?

  • Telah mengalami kanser pada sebelah payu dara
  • Sejarah keluarga yang pernah menghidap kanser payu dara. Risiko lebih tinggi bagi ibu,anak, adik atau kakak ahli keluarga yang mendapat kanser payu dara. Risiko anda  mendapat kanser selepas umir 30 tahun meningkat 2 hingga 3 kali ganda
  • Wanita yang tidak pernah melahirkan anak dan telah berusia lebih 30 tahun.
  • Wanita yang mengalami haid lebih awal (sebelum umur mencapai 12 tahun atau lewat putus haid(selepas umur 55 tahun)

Bilakah Anda Perlu Melakukan Pemeriksaan Sendiri Payu Dara?

  • Sebulan sekali
  • 7-10 hari dari permulaan haid yang akan datang
  • Jika anda tidak lagi datang haid, lakukan pemeriksaan tersebut pada hari pertama setiap bulan dan catatkan dalam kalender sebagai peringatan anda.


Bagaimana Cara Melakukan pemeriksaan?

Semasa Mandi
Angkat sebelah tangan. Dengan menggunakan satu jari, gerakkan secara perlahan-lahan ke serata tempat bagi setiap payu dara. Gunakan tangan kanan untuk memeriksa payu dar sebelah kiri dan tangan kiri untuk memeriksa payu dara sebelah kanan. Periksa sama asa terdapat gumpalan/ketulan keras, menebal di payu dara anda

Berdiri di hadapan cermin
Dengan mengangkat kedua-dua tangan ke atas kepala, pusing perlahan-lahan dari sisi kanan ke sisi kiri.

Cekak pinggang anda, tekan turun perlahan-lahan ke bawah untuk menegangkan otot dada dan menolak payu dara anda ke hadapan.

Perhatikan dengan teliti segala perubahan seperti saiz, bentuk dan kontur setiap payu dara. Lihat sama ada terdapat kedutan, lekukan atau puting termasuk ke dalam. 

Seterusnya dengan perlahan-lahan, picit kedua-dua puting dan perhatikan jika terdapat lelehan keluar. Periksa sama ada lelehan tersebut kelihatan jernih atau mengandungi darah. 

Penting

Dapatkan nasihat dari doktor jika terdapat tanda-tanda ini
  • Sebarang gumpalan
  • Sebarang perubahan pada gumpalan
  • Sebarang perubahan pada tekstur kulit, lekuk, bengkak atau kedutan pada kulit
  • Puting termasuk ke dalam
  • Terasa sakit pada payu dara

Vivix Membantu Merawat Kanser Payu Dara


Vivix Shaklee satu-satu nya produk yang terbaik kerana mempunyai sumber anti-oksidan dan anti-virus yang mempunyai 40 kali ganda polifenol yang terbukti sangat baik dalam mencegah kanser serta memantikan sel-sel kanser.

Vivix juga mengandungi Resveratoral yang terbukti melalui kajian-kajian saintifik boleh membantu memperbetulkan dan memperbaiki sel-sel yang rosak.





TESTIMONI-TESTIMONI

Testimoni


Kaser payu dara tahap 4..

Testimoni

Nak beli vivix lagi..tapi minggu depan lah tunggu duit masuk..mamakata kat tempat kanser ada perubahan,dah mengecut...




Ok sekian sahaja entry saya untuk hari ini..sebarang pertanyaan dan pembelian produk boleh terus hubungi saya di talian 0111-9791281(puan azimah)

Pengedar Shaklee Batu Pahat & seluruh Malaysia









You Might Also Like

0 comments