TIPS UNTUK IBU HAMIL ANAK PERTAMA..LEPAS DISAHKAN ANDA HAMIL, APA PERLU ANDA LAKUKAN?

  Saat disahkan anda hamil adalah sesuatu yang paling indah dan bahagia dalam hidup seorang wanita yang bergelar isteri. Dalam hati be...

Asian couple with pregnancy test in bed 


Saat disahkan anda hamil adalah sesuatu yang paling indah dan bahagia dalam hidup seorang wanita yang bergelar isteri. Dalam hati berkata " Ya Allah aku subur dan boleh berikan suami ku zuriat, terima kasih Allah". Berita ini pasti sangat membahagiakan buat pasangan yang sudah berkahwin dan menginginkan cahaya mata. Memang tak tergambar kan kegembiraan di hati ni, macam nak jerit satu dunia jer bagitahu kita dah mengandung...hehehehehe

Setelah disahkan hamil, akan banyak perkara yang berubah pada diri anda. Hakikat nya memang betul kan. Macam kak yong sebelum tahu diri ini hamil selera makan ok jer tak ada masalah pun, bila tahu diri ni hamil terus alami masalah kurang selera makan dan mabuk. Selain itu, perubahan juga boleh berlaku kepada sikap dan tingkah laku ibu hamil, gejala ini digelar sebagai pembawakaan baby dan ia bersifat sementara.

Bagi ibu yang hamil untuk kali pertama, pasti sedikit sebanyak akan merasa kelam kabut kan kerana tidak tahu apa yang perlu dilakukan sebab belum ada pengalaman. Ibu hamil boleh bertanya kepada ibu, ahli keluarga dan kawan-kawan serta membuat pembacaan tentang kehamilan.

Tahukah anda perkara yang paling penting saat anda disahkah hamil ialah ibu hamil perlu tahu bilakah tarikh akhir anda period atau datang haid bagi memudahkan anda dan doktor mengetahui usia kandungan anda dan menentukan tarikh jangkaan anda bersalin. 

Ok kak yong nak kongsikan beberapa tips lain yang boleh anda lakukan selepas mengetahui diri anda hamil.



1) Bersyukur Kepada Allah
Pertama kali pasangan suami isteri perlu lah memanjatkan rasa Syukur dan berterima kasih kepada Allah SWT atas pemberian yang sangat bernilai ini. Pasangan boleh melakukan solat hajat, berdoa, membaca Al-Quran semoga dipermudahkan segalanya sepanjang tempoh kehamilan sehingga saat melahirkan. Sentiasa berzikir agar didengari oleh si kecil di dalam rahim ibu. Suami isteri juga digalakkan untuk solat berjemaah dan berdoa untuk kesihatan dan kesejahteraan bayi di dalam kandungan anda.

 
https://siraplimau.com/wp-content/uploads/2014/05/buku-merah-mengandung-hamil-klinik.jpg
Inilah yang di panggil "BUKU MERAH"


2) Membuat Buku Rekod Kesihatan 
Setelah anda disahkan hamil, pergi lah ke klinik kesihatan terdekat anda untuk memaklumkan kepada mereka bahawa anda Hamil. Anda akan diberikan buku 'REKOD KESIHATAN IBU" yang mengandungi maklumat yang tertera nama anda, suami dan latar belakang kesihatan anda.Buku rekod ini hendaklah dibawa setiap kali melakukan pemeriksaan kehamilan anda.  




3) Mengambilan Makana Tambahan(supplement)
Setelah anda disahkan hamil, ibu hamil digalakkan untuk mengambil supplement atau vitamin tambahan untuk membantu tumbesaran bayi dalam kandungan. Pihak klinik biasa akan memberi vitamin seperi asid folik dan obimin untuk pengambilan ibu hamil setiap hari. Oleh itu, ibu hamil boleh mengambil makanan tambahan lain untuk di makan. Terdapat pelbagai jenama makanan tambahan yang terdapat di pasaran.. Tetapi AWAS dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu. Pilihan Saya SET KEHAMILAN SHAKLEE..


4) Berhenti Mengambil Ubat-Ubatan
Jika anda sedang mengambil ubat-ubatan disebabkan oleh menghidap penyakit seseuatu. Anda perlu beritahu kepada doktor bahawa anda sedang hamil agar pihak doktor boleh memberikan ubat alternatif untuk anda agar selamat kepada anda dan juga bayi. Peringatan pengambilan ubat sebarangan boleh memudaratkan anda dan juga kandunga.


5) Jangan sesekali Merokok
Jika anda seorang perokok, sekiranya anda telah disahkan hamil berhentilah merokok dan jauhi lah rokok. Merokok telah terbukti boleh menyebabkan keguguran dan kecacatan kepada bayi dalam kandungan. Nikoti dalam rokok boleh membahayakan bayi dalam kandungan. Amalkan gaya hidup yang sihat dan lakukan aktiviti yang berfaedah agar anda dapat menghilangkan ketagihan merokok. Suami juga memainkan peranan penting ye, andai ada merokok seelokknya berhenti merokok saat isteri anda hamil atau jauhi isteri anda dari terkena asap rokok.


 https://siraplimau.com/wp-content/uploads/2014/04/diet-mengandung-hamil-jaga-pemakanan.jpg



6)Pemakanan Yang Sihat
Ibu hamil hendaklah mengambil makanan yang berkhasiat dan sihat. Jauhi dari mengambil minuman beralkohol. Elakkan mengambil makanan ringan dan makanan segera seperti fast food, meggi untuk sementara waktu atau lebih elok tidak mengambilnya terus. Ibu hamil perlu menjahui stress dan bersenam selama 20 hari untuk mendapat kesihatan yang maksimum. 



 https://siraplimau.com/wp-content/uploads/2014/04/timbang-berat-badan-kuruskan-paha-lengan.jpg



7) Kawal Berat Badan 
Ibu hamil perlu juga menjaga dan mengawal berat badan tau, bukan bermaksud anda hamil boleh makan apa sahaja dan tidak kisah berat badan naik mendadak. Ini kerana berat badan yang naik mendadak boleh menyebabkan ibu hamil terkena penyakit kencing manis atau darah tinggi semasa hamil. Jadi kawal permakanan anda dan berat badan anda. Seeloknya sediakan alat penimbang bagi membolehkan anda memantau kenaikan berat badan anda.


8) Elakkan Melakukan Kerja-Kerja Berat
Semasa di awal kehamilan, ibu hamil tidak digalakkan untuk melakukan kerja-kerja berat seperti mengangkat kotak berat, menyusun perabot, memberus lantai dan sebagainya. Namun demikian, ibu hamil jangan lah terlalu memanjakan diri dengan tidak membuat kerja-kerja rumah langsung. Boleh lakukan kerja rumah tetapi lakukan yang ringan-ringan sahaja seperti menyapu, mencuci pinggan, menyidai baju dan lain-lain. Ibu hamil juga dinasihatkan tidak berdiri terlalu lama.


Untuk ibu hamil diucapkan Tahniah kepada anda semua kerana bakal menjadi ibu. Sepanjang kehamilan jagalah kesihatan, amalkan pengambilan makanan yang berkhasiat, lakukan pemeriksaan dan banyakkan berdoa agar dipermudahkan segala urusan sepanjang tempoh bersalin dan melahirkan.

Untuk para suami, sepanjang kehamilan ini perlu sentiasa ada disisi isteri dan memberi sokongan kepadanya. Membawa kandungan selama 9 bulan 10 hari bukan sesuatu yang mudah. Bakal ibu juga haruslah pandai mengawal emosi dan tidak terlalu mengikut emosi kerana boleh mempengaruhi perlakuan anak dalam kandungan nanti. 

Mintalah bantuan suami jika memerlukan dan hanya berdiam diri atau memendam rasa. Para suami juga perlu lah memahami perubahan emosi dan hormon yang dialami oleh isteri dan jangan tertekan atau mudah marah. Sikap saling memahami adalah sangat penting dalam sesebuah perkahwinan. Ibu dan ayah perlulah berfikiran positif, tenang, sabar dan tidak mudah marah. Ini kerana sikap yang positif akan melahirkan anak yang baik, penyabar, pintar serta beriman.



Puan Azimah Khamis @ kak yong
Pengedar Shaklee Batu Pahat, Johor
Whtsap 0111-9791281



You Might Also Like

0 comments