KOLIK BAYI? 12 Perkara Yang Boleh Dilakukan Oleh Ibu dan Ayah Dalam Menghadapi Bayi Yang Terkena KOLIK
8/10/2016KOLIK BAYI? Pernah dengar tak perkataan ni, sebenarnya kak yong pun baru pertama kali dengar perkataan ni tau sebelum ni memang tak pernah dengar.
Disebabkan kak yong baru pertama kali dengar, jadi kak yong pun carilah maklumat tentang kolik bayi ni untuk menambahkan lagi pengetahuan sebab benda ni melibatkan bayi kan. Kak yong ada anak jadi mesti ambil tahu apa yang dimaksudka dengan KOLIK BAYI ni..
Setelah membuat pembacaan dan kajian baru lah kak yong paham apa di maksudkan dengan Kolik bayi dan punca ia nya berlaku serta cara menangani masalah ni. Ok kak yong share dengan anda semua hasil dari pembacaan agar dapat berkongsi ilmu ni dengan anda semua. Jika anda alami masalah ni pada bayi anda tidak lah anda mengelabah dan tertekan untuk menyelesaikannya..
Apakah Kolik?
Penyebab Kolik
- Asid reflux boleh menyebabkan perut bayi dalam keadaan sangat tidak selesa
- Alahan pada protein susu dalam susu formula atau laktosa. Kebanyakan bayi yang mengalaminya adalah bayi yang minum susu dari susu formula
- Bayi yang alah pada sesetengah makanan yang dimakan oleh ibu bagi bayi yang menyusu badan sepenuhnya. Oleh itu ibu yang mengusu badan digalakkan menjaga pemakanan
- Sistem gastrousus bayi yang belum matang yang boleh menyebabkan bayi mudah kembung perut dan berangin
- Sistem saraf pusat bayi yang masih belum matang dan tidak stabil dan amat sensitif pada sebarang rangsangan. Oleh itu penjagaan pusat bayi semasa baru lahir amat penting. Pakaikan barut dan bedung bayi untuk mengelakkan perut kembung
- Terdedah kepada keadaan yang sangat bising, pengudaran rumah yang kurang baik, panas, gelap dan lain-lain
Tanda-tanda Kolik
- Menangis tanpa henti dalam masa satu jam atau lebih
- Sukar nak menenangkan bayi yang sedang menangis
- Perut mengeras
- Menangis dalam tangisan yang kuat dan muka kemerah-merahan
- Selalu menangis pada waktu malam
Perkara Yang Boleh dilakukan untuk Meredakan Kolik Pada Bayi?
- Elakkam bayi terdedah pada cahaya yang terlampau terang yang boleh menyebabkan ketidakselesaan
- Pastikan pengudaraan di dalam bilik atau dalam rumah adalah bersih dan dalam keadaan baik
- Mandikan bayi dengan air suam dan urut bayi menggunakan losyem atau minyak di sekitar perut, betis, belakang badan dan tapak kaki
- Pakai kan barut bayi bagi melindungi pusat bayi dari terdedah dan dimasuki angin
- Tuamkan perut bayi selepas mandi
- Elakkan membawa bayi yang masih keciln atau masih dalam pantang ke tempat-tempat yang sesak atau panas
- Pakaikan bayi pakaian yanb nipis-nipis agar tidak berpeluh dan memberi keselesaan pada bayi
- Kerap menukar lampin bayi bagi mengelakkan berlakunya ruam yang boleh menyebabkan bayi tidak selesa dan menangi
- Ibu-ibu perlu mengambil makanan yang berkhasiat terutama ibu yang menyusu badan sepenuhnya.
- Ibu perlu mengelakkan memakan herba yang panas, jamu, halia atau apa-apa makanan yang boleh menyebabkan ketidakselesaan dan kembung perut bayi
- Sendawakam bayi tiap kali menyusu sama ada susu badan atau formula
- Bagi umat islam boleh dendangkan bayi anak denga alunan zikir-zikir dan ayat al-quran
Tips Untuk Mengurangkan Kolik Pada Bayi
- Lembut pada kulit
- Berangin dan sejuk
- Tidak lekit dan berminyak
- Menyerap pada kulit
- Melembabkan kulit
- Merawat ekzema, kegatalan
- Merawat tumit merkah
- Bahan 100% semulajadi
- Merawat ruam
- Hilangkan parut dan bekas gigit nyamuk
- Harga yang murah
- Sesuai di guna satu keluarga
0 comments