Nak Luka Bersalin Pembedahan Baik Dengan Cepat...Boleh Cuba 7 Tips Ini

Bersalin secara pembedahan memerlukan penjagaan yang rapi dan teliti. Luka bersalin secara pembedahan lebih besar berbanding dengan luka ber...

Bersalin secara pembedahan memerlukan penjagaan yang rapi dan teliti. Luka bersalin secara pembedahan lebih besar berbanding dengan luka bersalin secara normal. Luka bersalin pembedahan jika tidak dirawat dengan betul boleh menyebabkan berlakunya jangkitan kuman dan menyebabkan luka pembedahan lambat sembuh, bernanah dan lebih mengerikan apbila jahitan tersebut terbuka semula.

Walaupun kak yong tak ada pengalaman bersalin secara pembedahan, kak yong nak kongsi dengan anda semua tips untuk menyembuhkan luka pembedahan dengan lebih cepat.


 Newborn during caesarean section


Tanda-tanda Luka Pembedahan terkena jangkitan Kuman


  1. Demam berterusan.
  2. Sakit pada tempat luka
  3. Pendarahan yang banyak, berterusan dan berketul dari faraj
  4. Keluar nanah dari tempat luka
  5. Tanda kemerahan pada sekitar luka
  6. Keluar air jernih dari tempat luka
  7. Tempat luka nampak berlubang atau bengkak
  8. Benang jahitan keluar dari luka atau terbuka

Jika anda mengalami simptom-simptom seperti di atas, lekas lah berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan. 

Tips Sembuhkan Luka Pembedahan Dengan Cepat


#1- Pastikan Tempat Luka Sentiasa Kering Dan Bersih
Luka pembedahan yang lembab akan menyebabkan proses penyembuhan akan memakan masa yang lebih lama. Keadaan ini akan menyebabkan luka lambat untuk bercantum semula dan isi pun lambat nak tumbuh. Ini menyebabkan kita akan mengalami kesakitan luka pembedahan lebih lama. 

#2- Cuci Luka Mengikut Jadual
Untuk mempercepatkan luka pembedahan baik dengan cepat, ibu-ibu perlu mencuci mengikut jadual yang telah diberitahu oleh doktor. Selepas mencuci pastikan luka di lap dan dikeringkan. Jangan biarkan luka lembab dan terkempam kerana akan melambatkan proses penyembuhan dan boleh dijangkitu kuman pada luka tersebut. Cuci luka dengan menggunakan air suam dan ubat cecair yang diberikan oleh doktor.

#3- Mengambil Makanan Seimbang dan berkhasiat
Proses kelahiran menyebabkan kehilangan bendalir dalam tubuh, mineral dan protein dengan banyak selepas bersalin. Ini perlu digantikan dengan cepat jika mahu pulih dengan segera. Pengambilan makanan berasaskan Protein dapat membantu cepatkan kesembuhan luka pembedahan. Sumber protein daripada makanan ialah produk tenusu, ikan, ayam, soya, daging dan sebagainya. Nak mudah dan cepat mengambil produk protein, boleh ambil ESP SHAKLEE

#4- Mengambil Sumber Zinc
Zinc merupakan bahan yang membantu luka sembuh dengan segera. Apatah lagi kalau melibatkan luka dalaman. Sumber zinc boleh didapati dalam makanan seperti bayam, bawang putih, cendawan, kekacang, ketam, tiram bijirin, telur dan daging.

#5- Jangan Sentiasa Berbaring
Menurut kajian, pergerakan ibu selepas bersalin dapat mempercepatkan penyembuhan luka bersalin dan mengelakkan berlakunya darah beku. Ibu bersalin jangan hanya berbaring sahaja, minta lah bantu ahli keluarga jika hendak bergerak. 

#6- Menyusu Badan Secara Ekslusif
Menyusu badan sudah terbukti dapat membantu menyembuhkan luka dengan lebih cepat. Setiap kali menyusu badan akan mengeluarkan hormon oxytocin yang menolong mengecutkan rahim dan mengurangkan risiko tumpah darah. 

#7- Minum Air Secukupnya
Air adalah agen pembuang toksin dalam badan dan jangan percaya dengan mitos yang mengatakan minum air terlebih boleh menyebabkan Faraj berair dan rahim kembang. Kekurangan air boleh menyebabkan sembelit dan menyukarkan proses perkumuhan. Ini menyebabkan tekanan kepada perut dan tempat luka serta menyebabkan luka lambat sembuh. 


Pemilihan Set Berpantang Shaklee


Set Berpantang Shaklee ini adalah berasaskan vitamin atau makanan tambahan. Jadi penggunaan set bersalin ini adalah sangat praktikal kerana:

  • Boleh diamalkan sebelum melahirkan anak.
  • Tiada pembaziran sama ada melahirkan secara normal atau pembedahan.
  • Boleh diambil dari hari pertama kelahiran.
  • Boleh ambil jika anak ada jaundis
  • Memberi tenaga segera setelah penat bertarung nyawa
  • Membantu penghasilan susu ibu
Suplemen dapat membantu ibu yang berpantang untuk memenuhi semua yang diperlukan untuk proses penyembuhan luka dengan cepat dan baik.

 





Nak cuba Set Berpantang Shaklee, boleh terus whtsap saya 0111-9791291..Pengedar Shaklee Batu Pahat, Johor

You Might Also Like

0 comments